Prolog

by SepatuTertinggal
Tags   exo   vampire   malay   | Report Content

A A A A

Warning: Cerita ini mengandungi bahan-bahan orang dewasa. Mungkin juga akan bertentangan dengan unsur-unsur agama Islam. Ini adalah cerita dan watak rekaan semata-mata. Mohon anda tidak dipengaruhi oleh cerita ini.

Aku menapak keluar dari cafe. Aku menarik nafas dengan panjang dan melepaskan karbon dioksida ke udara. Aku membawa bersama bagasi yang tidak aku kenali pemiliknya. Aku masih ragu tentang pemilik bagasi tersebut.

Tit!

Kedengaran satu bunyi yang datangnya dari kocek ku. Aku membelek-belek kocek ku. Sebuah cell phone smartphone milik ku, fikirku di dalam otak ku.

Hari pertama, semoga berjaya!

Satu mesej di screen smartphone aku. Jadi, aku masih di dalam permainan? Dunia ini bukan dunia sebenar? Tapi semuanya tampak seperti sebenar.

"Cik?" Aku cuba menegur seorang gadis dalam 20-an di kaki lima di hadapan cafe tersebut. Gadis itu berhenti langkahnya. Dia memandang ku dengan muka 'ya boleh saya bantu?'. 'Hmm' Aku melepaskan keluhan dalam hati ku.

"Opss sorry salah orang." Alasanku. Aku sengaja tegur gadis tersebut. Mungkin mereka robot yang tidak memberi respon, sangkal ku. Tapi mereka seolah-olah orang sebenar dalam dunia sebenar.

Aku terus berjalan ke destinasi yang tidak pasti. Langkah ku berhenti. Kawasan street ini amat sepi. Aku boleh mendengar bunyi angin sepoi-sepoi. Walaupun tidaklah terasa berangin di kawasan ini.

Satu aura seram sejuk menerpa kelenjar sentuh ku. Aura tersebut membuatkan aku berasa sejuk hingga ke tulang sum sum, serta terasa seperti angin melalui tubuh ku.

"Lepaskan aku!" Satu suara menerpa ke arah ku. Aku terasa telinga aku lebih peka berbanding dahulu. Seolah-olah suara itu sangat dekat dengan ku. Adakah ini sixth sense aku? Atau aku memang dilahirkan mempunyai pendengaran yang sangat peka?

"Nobody will come. You are mine.. Hmm hehe--" Kedengaran suara lelaki berbisik menerpa telinga ku. "Isk isk isk..." Gadis itu menangis dalam sedu. Walau pun aku tidak tahu mana datangnya suara itu. Aku masih boleh mendengarnya dengan jelas setiap baris kata-kata yang dituturkan.

Aku berlari 500 meter ke hadapan sambil membawa bagasi bersama ku. Aku berhenti di sebuah kereta lexus yang berwarna merah hati sambil tercungup-cungup. Out of breath.

Aku berpeluh kerana penat menggunakan seluruh tenaga ku. Aku tak aktif sukan sebab itu stamina lemah. Kereta itu sudah terparking di bahu jalan lorong yang sempit. Pintu driver dan co driver terbuka luas. Tapi tiada satu pun susuk tubuh manusia di dalam kereta. Dan... Blo-- Aku terganggu dengan suara itu.

"Tolong! Tolong!" Pinta gadis tersebut yang meminta orang mendengar pertolongannya. Aku melihat ke arah pemilik suara tersebut. Ada seorang gadis yang cantik sangat dan seorang lelaki yang sedang asyik bermain-main dengan tengkuk gadis tersebut.

Aku cuba memahami apa yang sedang berlaku. Gadis tersebut tak suka lelaki itu menyentuhnya? Kalau begitu kenapa berpakaian minta dipeluk dicium? Kadang-kadang aku tak faham. Gadis tersebut masih menangis dalam sedunya.

"Don't cry my darling" Ucap lelaki itu penuh menggoda. Aissi~ Pergilah buat dekat hotel. Detik hati ku. "I love you!" Ucap gadis tersebut yang masih mampu bermanja. Aku ingin beredar dari melihat drama romantik mereka ini. Namun niat aku terhenti..

"No no.. Your love are not sincere. You stab me with knife! Remember!" Marah lelaki tersebut. Ya! aku nampak percikan darah dalam kereta tersebut. Lelaki itu masih mampu berdiri. Banyak darah. Dia sepatutnya kena ke hospital bukannya berasmara dengan gadis tersebut.

"You are not hu-man." Ucap gadis tersebut yang ketakutan. "Hm-- If I not human. Then what?!" Soal lelaki tersebut. "Mon--ster.. L-let me goo.." Balas gadis itu yang menggeletar ketakutan. "You hit the spot." Ujar lelaki tersebut yang menunjukkan wajah sebenar kepada gadis tersebut. Aku nampak lelaki itu cuba menerkam leher gadis tersebut.

Vampire?

Satu saat berlalu, aku membelakangi mereka. Sejak dari kecil aku sudah dimomokkan untuk lari dari vampire. Datuk aku, daddy aku, makcik aku dan seluruh familyku. Suruh aku lari dari makhluk yang bernama vampire.  Aku tak pernah tanya kenapa aku diminta lari. Lagipun, aku tak pernah jumpa vampire. Ini kali pertama aku melihat makhluk tersebut.

Dua saat berlalu, patutkah aku lari? Aku mula sudah pun sedia untuk berlari. Tapi, gadis itu meminta pertolongan aku. Aku dapat mendengar bunyi jantung gadis itu. Gadis itu akan mati kalau aku tidak selamatkan dia.

Tiga saat berlalu, Seira you are stupid! Satu naluri ku berkata-kata.

"Wait a minuteeeee!" Jerit aku sekuat hati. Lelaki monster tersebut berhenti dan membiarkan gadis itu terkulai layu.

"Jang Eunhye?" Sekelip mata lelaki monster itu berada dihadapan aku. Kali ini jantung aku berdegup laju. Mataku berselisih dengan matanya yang merah. Aku mencuba menelan air liur yang tak beberapa nak telan. Adakah aku mangsa yang berikutnya?, fikirku.

"Aku bukan Jang Eunhye!" Jawab aku secara unconditionally. Kekuatan itu datang secara tiba-tiba. Aku mengeluarkan pisau dari peha ku. Aku turut terkejut. Bagaimana aku ade secret weapon yang muncul secara tiba-tiba.

Aku mahu menikam lelaki monster dihadapanku ini. Namun, dia hilang sekelip mata yang hanya tinggal angin. Terbantut hajat aku. Aku berlari anak ke arah gadis yang terkulai diatas jalan raya. Dia masih bernyawa. Aku masih dapat mendengar bunyi jantungnya yang berdegup agak perlahan.

--------------------

Bilik bacaan yang dipenuhi pelbagai buku. Sebuah workplace diduduki oleh seorang lelaki. Dia leka membaca sebuah buku ditangannya. Seseorang masuk ke dalam bilik bacaannya.

"Aku dengar seseorang telah melihat kita, Mr. Kim." Soal lelaki yang duduk dikerusi sambil membaca buku. Dia memusing kerusi kearah Kim Jongin yang berdiri dihadapannya. Jongin sudah pun duduk disofa yang terdapat tidak jauh darinya. Ditangannya sudah ada sebuah buku yang diambil dari rak buku sebentar tadi.

"Perempuan itu sudah di'pemujukan. Dia tidak akan ingat apa yang berlaku. Anak buah aku sudah uruskan hal itu." Jawab Jongin dengan muka yang tenang.

"Itu sudah pasti. Aku tahu. Kau mampu uruskan." Terjungkit kening Jongin dengan kata-kata lelaki yang sudah duduk dihadapannya pula. Dia faham maksud disebalik ayat itu.

"Orang aku kata dia serupa Jang Eunhye. Tapi aku tak pasti itu Jang Eunhye. Orang aku tengah awasi dia di Hospital kau." Sambungnya. Lelaki yang duduk dihadapannya, meletakkan buku diatas meja. Dia tertarik dengan kata-kata Jongin.

Jang Eunhye...

Kring~

Jongin mengangkat panggilan telefon, dari reaksi mukanya. Ada sesuatu yang terjadi.

"Gadis itu sudah melarikan diri." Kata-kata Jongin membuatkan Sehun terpanar. Persuasion tidak berlaku ke atas gadis tersebut. Maksudnya...

Jang Eunhye, are you here? Sehun tersenyum.

--------------------

Author's note: Annyeong korang! Ini cerita ff kedua. Maaf yea. Kalau pendek sangat prolog. Harap korang sudi membaca ff Oh sehun. Untuk pengetahuan korang, saya bukanlah bias mana2 band group korea. Jadi, maafkan saya kalau saya tak masukkan bias korang. Kalau ada silap salah, saya mohon mesej saya. Harap korang enjoy cerita ff Oh Sehun. Annyeong~

P/s: belum ada cover ff lagi.^^

Comments

Comments are moderated. Keep it cool. Critical is fine, but if you're rude to one another (or to us), we'll delete your stuff. Have fun and thanks for joining the conversation!

You must be logged in to comment.

There are no comments yet for this story.

Log in to view all comments and replies


^ Back to Top