{ bab 1 }

by jannah-
Tags   love   originalcharacter   malay   | Report Content

{ bab 1 } - love originalcharacter malay - chapter image

A A A A

Syed Zariff memecut keretanya ke perkarangan universiti kedua dua adiknya. Syarifah Yusra dan Syed Zaquan. “ So, nanti jangan lupa , call abang , ade ke semalam balik sendiri je. Nasib  baik ade kawan Yusra bagitahu kata bang tau. Kalau tak sampai ke malam abang tunggu adik adik abang ni.” Yusra dan Zaquan tergelak mendengar bicara abang sulung mereka. “Oh? Kawan Yusra yang mane satu?” Tanya Yusra membuatkan Zariff terdiam. “Aah. Abang lupa pulak nak Tanya nama dia. Tak pelah. Tak penting pun siapa. So , belajar rajin rajin.” Kedua dua adik beradik tu menyalami abang mereka sebelum melangkah keluar daripada kereta dan secara kebetulan , Jannah baru tiba dan berlari ke arah kedua duanya. “Assalammualaikum.” “Waalaikumsalam. Eh, Wan pergi kelas dulu eh , kak. Bye.” Jannah dan Yusra melambai ke arah Zaquan. “Weh Yusra. Kau ade simpan dengan aku eh.” Yusra pelik. ‘Rahsia ape pulak ni.’ “Ape maksud kau?” “Kau dah ade boyfriend , lepas tu kau tak bagitau aku pun.” Yusra bertambah pelik. “Mane kau dapat cerita ni?” Dia hampir tergelak. “Semalam tu.” Yusra teringat cerita abangnya tadi sebelum ketawa. “Oh… kau ke yang bagitahu abang aku.” “Abang kau?” Tanya Jannah. Yusra mengangguk. “Abang aku, Syed Muhammad Zariff al Fateh. Kenapa?” Jannah menggelengkan kepalanya. “Takde pape lah. Aku mana tahu itu abang kau. Aku ingat kau dengan Zaquan je.” Jannah memuncungkan bibirnya sebelum Yusra gelak. “Kau tak pernah Tanya. Aku tak bagitahu lah.” “Pape jelah. Bukan penting untuk aku pun, jom lah. Nanti lewat masuk kelas.” Yusra tersenyum dan mengangguk. “Jom.”

 

*

 

Selesai kelas , Yusra meninggalkan Jannah untuk ke kelas yang lain memandangkan mereka mempunyai jadual yang berbeza. Jannah keluar untuk ke kelas yang seterusnya. Dia melihat dinding marmar di sebelah nya dan tersenyum nipis. “Syurgaku Arissa.” Jannah menghela nafasnya bila terdengar suara jejaka yang sudah lama menginginkan dirinya. Dia memandang ke tempat lain seakan akan tidak mendengari namanya dipanggil. Iskandar tersenyum sinis sebelum dia menahan Jannah daripada berjalan dengan meletakkan tangannya di dinding. Dia memusing dirinya ke belakang namun Iskandar dengan pantas berada di hadapannya. “Just leave me alone, Zulkarnain.”  Tegas ayat Jannah. Mual dengan sikap Iskandar Zulkarnain yang tak pernah serik mengejar cintanya. Pergilah kejar cinta ALLAH dulu. Entah apa apa ! Iskandar tersenyum memandang wajah ayu Jannah. Sudah lama dia ingin memandang wajah ayu itu. Lagi lagi bila Jannah memanggilnya dengan panggilan ‘Zulkarnain’ Lagilah cair hati jantannya. “Jannah sayang….Leave you alone?  –ya Allah.. Jannah.. syurga saya ade kat depan ni ha. Takkan saya nak biarkan syurga saya sorang sorang.” Jannah memandang sekilas wajah lelaki di hadapannya sebelum memandang ke tempat lain. “Dengar baik baik , Iskandar Zulkarnain. Saya bukan syurga awak. Dan saya bukan syurga sesiapa. Jadi , sebaiknya awak jauhkan diri daripada saya untuk elak fitnah. Saya tak suka. Please. Jangan ganggu saya.” Kata Jannah dalam nada yang sangat tegas. Jannah segera berlalu daripada situ setelah menghabiskan ayatnya meninggalkan Zulkarnain. Iskandar mendengus kasar. “Frust lagi ke abang.” Dua sahabatnya, Dafi dan Amin datang dan memeluk bahunya. Kedua dua nya menahan gelak. “Tu lah kau. Kau ingat Jannah tu senang ke macam perempuan lain? Nama dia tu pun ‘syurga’ tau. Memang susah lah !” Iskandar menjeling sahabatnya. “Sebab aku tahu dia susahla, aku akan kejar sampai dapat. Walau macammana sekali pun.”

 

 

*

 

 

“Alhamdulillah. Terima kasih Encik Zariff , kerana menerima baik tawaran daripada syarikat kami untuk bekerjasama dalam program Amal ini.” Fadhil Huzaifah menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan CEO muda dalam syarikat besar , Al Fateh Group yang menyambut tangannya. “Tiada masalah , Encik Fadhil. Lagipun , program ini merupakan program yang sangat baik. Jadi , saya tak Nampak ada apa apa masalah pun. Saya jugak patut berterima kasih dengan Encik Fadhil dan warga syarikat , Arissa Huzaifah Holdings sebab sudi untuk melakukan program ini bersama sama dengan syarikat kami.” Fadhil tersenyum mendengar bicara Syed Zariff. Sangat merendah diri orangnya. Tentu beruntung sesiapa yang memiliki lelaki ini. “Okay lah. Kalau begitu ,saya minta diri dulu ,dan untuk sesi briefing , saya akan inform Encik Zariff punya secretary tentang apa yang perlu dilakukan.” Syed Zariff tersenyum dan mengangguk. “Baik. Terima kasih sekali lagi, Encik Fadhil.” Fadhil keluar daripada pintu bilik CEO muda itu dan menghela nafas lega dan sangat bersyukur yang Zariff menerima baik pelawaannya untuk berkerjasama dalam program amal ini. Tidak sabar untuk memberitahu abi dan umi nya.

 

 

Malam itu , di ruang tamu rumah keluarga Syed Abdul Rahim. Kesemua mereka sedang menonton television , sebelum mama mereka, Puan Husna mengeluh perlahan. Syed Rahim memandang sekilas isterinya. “Awak dah kenapa , Puan Lailatul Husna ?” Tanya Syed Rahim. Puan Husna mengerling ke arah anak sulung mereka yang sedang sibuk melayan email berkaitan kerja. “Anak si Hanis tu , dah nak kahwin dah. Umur baru 23..anak si Emma tu ha , dah mengandung dah. Seronok je dapat timang cucu … kite ni ha .. bile lah lagi.” Ayat itu membuat kan Zariff terkaku seketika sebelum memandang ke arah ibu dan ayahnya sebelum tersenyum kambing. Syed Rahim menjungkitkan bahunya dan menggelengkan kepalanya. “Papa tak cakap apa apa. Mama kamu yang mulakan.” “Bukan Zariff tak nak kahwin , Mama. Tapi , maybe belum ade jodoh kot.” Ujar Zariff. Bila difikirkan logic , betul jugak alasan yang dia bagi. Harapnya Mama dapat lah terima. “Memanglah jodoh kau tak sampai lagi , dah kau tak nak cari .” Zariff menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Hm.. Zariff carilah Mama. Cuma , tak de yang..” Ayatnya terhenti. Sekilas wajah gadis yang sedikit menggetarkan jiwanya terbayang di mindanya. “Tak de yang berkenan?” jawab Mamanya seakan menyambung ayatnya sebelum Zariff tersengih lagi. “Aah. Lagipun , office banyak kerja lah.” “Tu semua alasan abang je tu.” ujar Yusra sengaja tidak mahu menyebelahi abangnya. “Yusra, sampai hati tak sokong abang.” Yusra tergelak. “Bukan Yusra tak sokong abang, in fact Yusra sokong abang sangat sangat. Cume , this time , I will be on Mama’s side. I want you to be happy lah with your wife. You need someone to take care of you.” Zariff menghela nafasnya sebelum mengangguk. “Nantilah abang fikir. Masuk tidur dulu. Assalammualaikum.” “Waalaikumsalam.” Yusra dan Puan Husna cepat cepat ber’high five’ sambil ketawa. “Mesti pening dia fikir.”

 

Comments

Comments are moderated. Keep it cool. Critical is fine, but if you're rude to one another (or to us), we'll delete your stuff. Have fun and thanks for joining the conversation!

You must be logged in to comment.

There are no comments yet for this story.

Log in to view all comments and replies


^ Back to Top