N

by xleera
Tags   malay   | Report Content

A A A A

   Ombak yang menghempas pantai membuatkan suasana bertambah sejuk. Kedinginan malam itu bagaikan menusuk-nusuk tulang yang menggigil kesejukkan. Aiman duduk termanggu di bawah sinaran bulan dengan hatinya yang perit. Sesekali dia mendongak, cuba melihat bintang-bintang yang indah tergantung di langit. Boleh ke aku terima?  Fikirannya bercelaru. Namun Aiman tahu, biarpun kehendak Nea itu 'agak' mudah untuk diterima, namun siapa tahu hatinya? Belum tentu dapat menerima segala yang tertulis.

 

   "Saya nak pergi Kuala Lumpur," luah Nea kepada Aiman dengan jujur. Sungguh jelas nada suaranya yang dileretkan.

 

   "Tapi, keputusan SPM belum keluar lagi kan?" Aiman mengangkat kening hairan.

 

   Nea menganggukkan kepalanya dengan perasaan bersalah yang menyelubungi diri. "Ya,"

 

   "dan awak nak juga pergi Kuala Lumpur sedangkan keputusan SPM tak keluar lagi?" tanya Aiman cuba menyembunyikan perasaan risaunya jauh di sudut hati.

 

   "A'ah. Saya nak dapatkan apa yang saya nak dekat sana. Awak pun faham," balas Nea. Dia menundukkan kepalanya.

 

   "Kalau macamtu, saya hanya boleh doakan awak dari jauh. Saya harap awak boleh jaga diri sendiri. Saya tak boleh nak ikut awak sebab saya tak boleh nak tinggalkan mak saya sendirian," Aiman cuba menahan perasaannya. Mahu sahaja dia menengking Nea dan katakan bahawa dia tidak boleh hidup tanpa Nea. Namun apakan daya, dia tak mampu.

 

   Keluhan kecil dilepaskan. Pandangannya dijatuhkan ke bawah.

 

   "Apehal aku bodoh sangat,"

 

   "Kenapa aku tak confess sahaja dekat dia yang aku sukakan dia so dia tak akan tinggalkan aku,"

 

   "Aiman bodoh bodoh bodoh,"

 

   "Kau tak boleh nak tinggalkan dia sendiri tapi kau paksa diri kau,"

 

   "Aiman, kau bodoh!"

 

    Satu per satu batu dibaling ke dalam laut dengan harapan batu itu dapat menghanyutkan perasaan risaunya. Namun, batu-batu tersebut langsung tidak boleh melenyapkan perasaan yang menyelubungi dirinya itu. Dia cuba untuk menahan Nea daripada pergi jauh, tapi dia tahu dia tak berhak. 

 

   Aiman bangkit dari angan-angannya. Angan-angan untuk menahan Nea dan meluahkan perasaannya yang sekian lama telah terpendam di dalam hati. Dengan langkah yang lemah, dia pulang ke rumah.

 

+ + + + +

 

   "Nea, awak betul-betul nak pergi ke?" tanya Aiman sangsi. Dia menolong Nea mengemas baju untuk dimasukkan ke dalam beg.

 

   "Saya pernah tipu awak ke?" Nea tersenyum nakal sambil tangannya mencapai baju kurung berwarna ungu kepunyaannya.

 

   "Tak," ringkas sahaja perkataan itu keluar dari bibir merah Aiman.

 

   "Eh awak ni. Mestilah betul-betul. Kenapa awak tanya?" soal Nea pula. Dia mengambil baju terakhir lalu memasukkannya ke dalam beg. Setelah semua baju siap diletakkan di dalam beg, beg itu dizip.

 

   "Tak adalah. Sengaja. Awak tak rasa terburu-buru ke?"

 

   "Aiman, peluang datang sekali. Saya tak boleh nak biarkan peluang melayang begitu sahaja. Bila keputusan SPM dah keluar, saya balik. Jangan risau, saya okey," luah Nea dengan ikhlas. Tangannya masih terlekat pada zip beg itu.

 

   "Saya faham. Awak  nak kejar cita-cita awak tu," suara Aiman dileretkan. "kejarlah cita-cita awak walaupun awak terpaksa buat saya sedikit menderita" monolog Aiman sendiri.

 

    "Awak jangan risaulah. Saya kan dah besar!" gurau Nea. Gurauan spontan Nea itu membuka suasana. Persekitaran yang agak tegang tadi dihidupkan dengan suara gelak tawa mereka berdua. Aiman hanya mengukirkan senyuman palsu untuk Nea. Di hatinya pula hanya tuhan sahaja yang tahu.

 

+ + + + +

 

   "Awak, jaga diri eh?" nasihat Aiman kepada Nea. Dia memasukkan beg baju Nea ke dalam bonet teksi dengan hati yang berat. Dia cuba menahan perasaan itu walaupun asalnya dia tak boleh.

 

   "Yelah," balasan pendek daripada Nea itu membuatkan hatinya sedikit ringan daripada segala kecelaruan.

 

   "Mak, Nea pergi dulu. Nanti Nea balik. Mak jangan risau. Kalau ada apa-apa mak bagitahu dekat Aiman eh?" Nea mencapai tangan ibunya lalu dikucup perlahan tangan permaisuri hatinya itu.

 

   "Baiklah nak," balas ibunya dengan mata yang berkaca. Ibu Nea mengusap-usap tudungnya yang melitupi semua bahagian kepalanya dengan sepenuh kasih sayang.

 

   "Aiman, saya pergi dulu eh," pinta Nea. Aiman hanya mengangguk dengan hati yang berat. Lantaran itu, Nea terus masuk ke dalam teksi. Dia menoleh ke belakang. Tangannya dengan berat melambai-lambai penuh kasih sayang.

 

*note : this is flashback
 

Comments

Comments are moderated. Keep it cool. Critical is fine, but if you're rude to one another (or to us), we'll delete your stuff. Have fun and thanks for joining the conversation!

You must be logged in to comment.

whatever  on says:
New reader here~
Love your story.....
Update ok =3

queen_q_minz  on says about chapter 2:
hurm... apa jadi yer lepas ni.. tak sabar nak tahu.. mcm mn nea ni kenal dengan kakak angkat dia ni??

btw, part yg kakak angkat dia tanya "dah lama sampai?"
mcm kelakar, sbb dia ada depan pagar, xkan dia dah lama sampai then tunggu 10 minit baru nak tekan loceng.. XD hihihiihi

hihi.. *subscribe* nk tau apa jadi next ^^ weeeeeeeeeeeeee

queen_q_minz  on says about chapter 1:
Nea bersungguh2 nak kejar impian dia. bagus2, muda2 dah ada semangat yang tinggi ^^

amusuk  on says about chapter 2:
This is so good!
Poor Aiman :')
ah, hello first, i'm new reader.
Keep writing, Ms Author~!

Wild-Doll  on says about chapter 2:
update cepat-2 ~ btw. tergelik ? apakah ? XD

Log in to view all comments and replies


^ Back to Top