The breakup

by queen_q_minz
Tags   drama   friendship   originalcharacter   malay   malaysia   | Report Content

A A A A

NADIANA

 

::03::

 

Nadia memandang refleksi dirinya pada dinding pintu lif yang berkilat. Memang lain benar dari yang dia lihat di dalam refleksi cermin di dalam bilik air salun Alan beberapa jam lalu. Tubuhnya dibaluti one piece dress berwarna krim dan bercorak bunga bunga kecil di bahagian atas dan berlengan panjang, manakala dari bahagian pinggang sehingga ke hujung skirt yang separas lutut itu berwarna hitam kosong tanpa corak. Rambut yang dipotong pendek separas bahunya memberikan satu imej baharu kepada Nadia yang selama ini hanya menyimpan rambut panjang lurus sehingga ke paras pinggang. Kakinya dihiasi kasut tumit tinggi hitam yang cantik, bertapak merah. Wajahnya yang pucat dan berlingkaran gelap sekeliling mata berubah menjadi lebih menarik dan cantik dengan solekan.

 

“Inilah wajah baharu aku.” Suara Nadia kepada diri sendiri. Ini hadiah Alan berikan kepada Nadia sempena perkenalan mereka hari ini.

 

Nadia tidak akan lupa saat tadi sampai bila-bila…

 

Dua jam yang lalu..

 

He’s your boyfriend, tapi dia nak bertunang dengan orang lain?” Suara Alan tidak percaya.

 

Nadia mengangguk.

 

“Kenapa?”

 

“Pilihan keluarga. Dan dia terlalu pengecut untuk beritahu ayah dia yang dia sudah ada girlfriend yang dah bercinta selama enam tahun.” Terang Nadia. Satu kenyataan yang sangat mengecewakan baginya. Bagi Nadia hanya ada tiga kemungkinan kenapa Ezuan tidak mahu berterus terang kepada ayahnya mengenai hubungan mereka,

 

a)      sebab dia terlalu pengecut untuk berterus terang dan bertindak tidak mengikut permintaan ayahnya.

b)      Ezuan Rizal tamak. Bak kata Fazura di dalam filem ‘Pisau Cukur’, “lelaki, kalau boleh simpan dua buat apa buang satu.”

c)      Ezuan Rizal tak pernah berniat untuk menikahinya, hanya nak seronok-seronok aje dengan Nadia.

d)      KESEMUA DI ATAS.

 

A, B, C, atau D. hmmm… entahlah, walaupun sudah berkasih selama enam tahun tetapi Nadia belum dapat membaca apa yang ada di hati Ezuan. Sejak dari dahulu lagi Ezuan memang seolah-olah ada membuat garisan antara mereka, dia tidak suka Nadia terlalu mengambil tahu mengenai dirinya. Tetapi dia mahu tahu segalanya mengenai Nadia, siapa Nadia, di mana dia berada, setiap gerak geri Nadia dia tahu. Bagi Ezuan, Nadia adalah hiburan baginya yang selalu berasa sunyi.

 

Breakup with him.” Mendengar kisah Nadia Alan terus memberi cadangan tanpa ragu-ragu.

 

“Hah?”

 

“Putus dengan dia. Buat apa you bazirkan masa dan kasih sayang you untuk lelaki macam tu. Banyak lagi lelaki kat luar lebih baik dari boyfriend you, yang suka dengan gadis cantik macam you. Enam tahun, tapi sekarang mau bertunang dengan orang lain. Jangan buang masa lagi, dump him.” Panjang nasihat Alan kepada Nadia. Nadia memandang ke wajah Alan yang serius, dia tidak main-main bila memberi pandangannya itu. Nadia tersenyum.

 

“You tahu, banyak perempuan datang sini untuk gunting rambut bila mereka breakup dengan boyfriend. Do you want me to give you a new look?” tanya Alan lalu dia dia mengangkat kening kanannya dua kali.

 

Nadia mengangguk dan tersenyum.

 

Ting

 

Pintu lif terbuka seluas-luasnya. Kenangan tadi hilang dari minda Nadia, kakinya melangkah masuk ke dalam lif itu. Sebaik sahaja sampai ke tingkat tiga, Nadia terus melangkah ke mejanya. Kebanyakan pekerja sudah pun pulang, hanya beberapa orang sahaja lagi yang tinggal untuk kerja lebih masa. Sebaik sahaja punggung Nadia menghenyak kerusi, telefon di tempatnya berbunyi.

 

“Nadia, masuk bilik I.” Ezuan memberi arahan sebaik sahaja panggilan itu diangkat. Nadia terus tarik muka, nak tak nak dia terpaksa juga menurut. Gagang telefon itu sengaja dihempasnya. Selepas menyimpan dompet duitnya ke dalam beg tangan, Nadia melangkah ke bilik Ezuan.

 

“Ada apa?” Tanya Nadia sebaik sahaja pintu bilik Ezuan tertutup, mendatar sahaja nadanya. Nadia mendekati Ezuan yang membelakangi dirinya.

 

“You pergi mana? Hilang sampai habis office hour you hilang? You ingat ni ofis bapak you?” Ezuan menyindir, terus hati Nadia terbakar. Keningnya terangkat sebelah, bengang.

 

“Memanglah bukan ofis bapak I, ofis bapak you sebab tu you boleh suruh I pergi beli vanila late untuk bakal tunang you tu. Tolak jelah gaji I kalau you tak puas hati I ponteng hari ni.” Bidas Nadia tanpa rasa bersalah. Tajam nadanya menyindir Ezuan semula. Selama ini Nadia seorang pekerja yang berdisiplin, inilah kali pertama dia ponteng kerja dan bersikap biadab terhadap orang atasannya.

 

WHAT?” Balas Ezuan separuh menjerit. Selama ini Nadia tidak pernah melawan cakapnya, tidak pernah meninggikan suara dan tidak pernah sekali pun membahasakan dirinya ‘I’ dan memanggil Ezuan ‘you’. Ayat yang terkeluar dari bibir Nadia tadi berdesing kuat di telinga Ezuan. Dia terus berkalih, sekali lagi dia terkejut bila melihat perubahan pada diri Nadia. Nadia seperti seorang yang tidak dia kenali, luar dan dalam.

 

“I cakap, kalau you tak puas hati potong jelah gaji I.” Ulang Nadia selamba tanpa ragu-ragu.

 

“I cuma tanya you pergi mana?”

 

“Tanya lagi, tadi kan I dah cakap, I pergi beli vanila late untuk bakal tunang you tu, tak dengar?” Marah Nadia membuak-buak. Dada Ezuan juga turun naik menahan marah, lain benar Nadia yang sedang berdiri di hadapannya ini. Mereka sama-sama berwajah tegang.

 

“Tak kan pergi beli minuman balik tiga jam kemudian dengan penampilan yang lain dari hujung rambut sampai hujung kaki?” Ezuan cuba sedaya-upaya untuk tidak menaikkan suaranya lebih dari sepatutnya, bimbang kalau-kalau saki baki pekerja yang ada akan terdengar pergaduhan mereka.

 

“Oh, you nak full story macam selalu. Okey.” Sindir Nadia, kemudian dia menyambung, “I pergi turun belikan vanila late tu. Hujan turun dengan lebatnya dan you refused untuk datang tolong I, I cuba redah hujan tapi akhirnya I basah kuyup, tersungkur kat atas jalan dengan vanila late tu tumpah atas badan I. Nasib I baik sebab ada yang sudi tolong I. That’s it, puas hati?”

 

Ezuan terdiam.

 

“I dah bosan dengan sikap you, Ezuan. Selama ni I tak pernah melawan you sebab takut you akan tinggalkan I, tapi hari ni I sedar yang I tak akan rugi apa-apa kalau I tak ada you. I nak kita berpisah, you setuju atau tidak, this is the end of our relationship. I dah tak nak boyfriend macam you.”

 

Ezuan merentap lengan Nadia bila dia mula menapak untuk keluar dari bilik itu, Nadia terus mengaduh sakit.

 

What do you mean?”

 

Do I have to repeat myself? You tak faham ke I cakap tadi? I nak berpisah dengan you, putus, breakup. Faham sekarang? Ezuan, you jangan ingat Nadia yang berdiri depan you ni Nadia yang innocent tak tahu apa enam tahun lepas. Enam tahun dengan you memang banyak yang I dah belajar. I tak nak terus jadi bodoh.” Sambung Nadia, dia merentap tangannya lalu meninggalkan Ezuan yang terkesima dek terpukul dengan kata-kata Nadia.

 

Nadia ke tempatnya, dia terus menyambar beg tangannya dan bergerak meninggalkan pejabat. Dada Nadia turun naik, jantungnya berdegup dengan amat laju. Nadia melangkah laju menuju ke keretanya, sebaik sahaja memboloskan diri ke dalam perut Perodua Myvi itu Nadia terus menghambur semua air matanya yang ditahan sedari tadi. Nadia terus menangis sendirian.

::::

bersambung

an: gilalah, update lagi.. mood tengah baik ni.. adalah update. haha.. perkembangan NADIANA, sekarang dimuka surat 94, bab15. Doakan saya tak putus idea supaya boleh sambung cepat2 dan cepat siap, dan hantar untuk penilaian. jangan lupa tinggalkan komen anda. 

Q

Comments

Comments are moderated. Keep it cool. Critical is fine, but if you're rude to one another (or to us), we'll delete your stuff. Have fun and thanks for joining the conversation!

You must be logged in to comment.

Bihurrunain  on says about chapter 6:
Q... Hahaha. Lama tak dengar fasal Alan... Cerita fasal Alan pula...

eifa_arey  on says about chapter 6:
Panas punggung ler Ezuan. Lawan nadia, jgn x lwn eh! X selamanya duk bwh telunjuk Ezuan tu.

Bihurrunain  on says about chapter 4:
Nadia teman diana.....

Bihurrunain  on says about chapter 3:
Helo.... Mana Q ni. Ketuk pintu tak ada orang pun.... Heehehe. Mesti sibuk kat pbakl ni...

Bihurrunain  on says about chapter 3:
Haa... macam tu la nadia. Tinggalkan ezuan tu... wah... rancakkan menulis q...

eifa_arey  on says about chapter 3:
Bagus Nadia. Kumbang bukan sekor jer. Alan..Alan

Bihurrunain  on says about chapter 2:
Ba nak cakap.... Ezuan tu pakwe nadia ke? Sekali baca kat hujung... Mmg pun!!!
Helo nadia... Kenapa kalau dia dah macam tu.... Awak still nak kat ezuan ni.... Heee...
Q,
Hope Alan tu ada watak yang istimewa kat Nadia... Hahaha.ru

Bihurrunain  on says about chapter 1:
Siapalah lelaki tu. Ewah, nadia. Ada orang payungkan untuk kau... hehehe^___^

eifa_arey  on says about chapter 2:
Lagi... lagi... lagi....

eifa_arey  on says about chapter 1:
Menarik..menarik. ...buat hati meronta nak tau kisah selanjutnya.

Log in to view all comments and replies


^ Back to Top