Housemate

by queen_q_minz
Tags   drama   friendship   originalcharacter   malay   malaysia   | Report Content

A A A A

NADIANA

 

::06::

 

“Kak long.”

“Yep.”

“Ganggu ke?” Soal Diana serba salah, melihat kak longnya yang langsung tidak mengangkat kepala membuatkan dia berasa tidak selesa.

Nope. Studi ni. Apa hal?” Balas si kak long tanpa melihat wajah Diana yang berkerut.

“Hm… rumah ni, ada kawan nak sewa biliklah kak long. Boleh tak kak long? Kalau tak boleh lama, sekejap sementara dia cari rumah lain pun tak apalah. Boleh tak?” Tanya Diana tanpa berselindung. Apa guna nak berselindung, berterus terang adalah salah satu jalan yang memudahkan menyelesaikan masalah. Akhirnya kak long Diana mengangkat kepalanya dan memandang adiknya di skrin computer ribanya.

“Apasal dengan muka kau?”

Accident sikit semalam, tak ada apa. Luka sikit je.” Diana membalas.

“Boleh ke tidak kak long kawan nak tinggal sini?” Diana balik kepada topik asal.

“Siapa?”

“Kawan, kak long tak kenal dia.” Balas Diana sambil tergeleng-geleng cepat.

“Perempuan?”

“Ish kak long ni, tak kan lah lelaki.”

“Melayu?”

“Melayu, sama umur dengan Dia.”

Kak long terangguk-angguk kepalanya.

“Bila dia masuk?”

“Kira bolehlah ni?” Diana meminta kepastian, macam tak percaya pula kak longnya bersetuju tanpa payah memujuk. ‘Cool’ pulak kak longnya kali ini.

“Hmm… elok juga kalau ada orang teman kau dik. Sekarang macam-macam jenis bahaya datang kat perempuan tinggal seorang macam kau.”

“Ish kak long ni. Janganlah menakutkan orang, selama ni Dia tinggal sorang tak ada masalah pun. Kata-kata tu doa tau.” Diana membalas, risau pula bila kakak sendiri pun berkata begitu.

“Kak long bukan nak doakan, tapi nak ingatkan. Mak pun kadang-kadang bising juga kata risaukan kau sorang-sorang kat KL tu, kita saudara pun tak ada kat sana.”

“Alah, macam baru dua hari Dia kat sini. Dah bertahun. Mak je risau lebih-lebih.”

“Sebab kau jarang telefon mak sekarang sebab tu dia risau.”

“Yelah, Dia salah. Nanti Dia telefon mak.” Balas Diana.

“Bagus.”

Mereka sama-sama senyap seketika sebelum Diana bertanyakan soalan terakhir.

“Kak, sewa tu tiga ratus okey tak?” Soal Diana.

“Okeylah, tak kisahlah berapa asalkan bayar. Duit tu bagilah mak abah. Jangan buat benda tak elok kat rumah tu, itu aje kak long pesan.”

“Okey. Kak long, nak pergi masak ni. Babai. Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.”

Talian Skype itu dimatikan. Diana terus bergegas ke dapur untuk menyediakan makan tengah hari.

:::

“Aku dah contact kakak aku, dia benarkan kau duduk kat sini. Dia pun cakap lagi selamat sebab selama ni aku duduk sorang-sorang, tapi kau jangan buat benda bukan-bukan pula kat sini.” Diana memberitahu Nadia yang baru turun dari biliknya, Nadia terus menerpa Diana dan memeluk gadis itu dari belakang. Dengan Diana dia terasa seperti sudah berkawan lama, sudah akrab, kerana personaliti Diana yang menyenangkan dan buat Nadia berasa selesa. Lagipun Nadia sudah bertekad untuk belajar menjadi lebih mesra dengan orang lain, dan mencari lebih ramai kawan. Ezuan sudah tidak ada hak untuk mengawal dengan siapa dia hendak berkawan.

“Terima kasih….” Ujar Nadia. Tiada kata dia lain yang dapat dia ucapkan betapa dia bersyukur Diana sudi membantunya. Nadia sampaikan rasa terima kasihnya dengan pelukan ini.

“Ah… sudah-sudah, jangan buat drama cinta romantik pula kat dapur ni. Jom makan.” Diana meleraikan tangan Nadia yang memeluk pinggangnya.

“Fasal makan, kita akan bahagi sama rata untuk beli barang masak. Masak sama-sama, sebab aku tak suka bila ada jadual masak, hari kau masak, esok aku, kemudian kau, padahal hari-hari pun penat sama saja. Jadi biar sama-sama penat memasak.” Kata Diana sambil menghidangkan makanan, hari ini dia abaikan peraturan itu dahulu. Dia dapat rasakan Nadia sedang berhadapan dengan masalah, jadi biarlah dia memasak hari ini.

“Pasal duit barang mentah kita bahagi dua, masak sama-sama dan kalau nak makan kat luar mesti beritahu antara satu sama lain. Aku tak galakkan pembaziran.” Sambung Diana sambil menarik kerusi lalu duduk di situ.

“Apa lagi? Duduklah, tak nak makan ke?” Jemput Diana. Nadia terus mengambil tempat di hadapan Diana. Dia merenung wajah Diana yang sedang meletakkan nasi ke pinggannya dan pinggan Nadia.

“Diana, terima kasih tau. Kau baik sangat.” Kata Nadia penuh emosi, dia terharu penerimaan Diana. Walaupun sewaktu dia sampai Diana seperti ‘terpaksa’ memberi bantuan kepada Nadia, tetapi sekarang Diana melayannya dengan baik. Syarat dan peraturan itu hanya ‘cabaran’ kecil buat Nadia, Nadia tak kisah kalau di rumah lain pun ada syarat dan peraturan tertentu juga, biasalah.

Diana memandang wajah Nadia yang sayu, ‘alahai… kenapa budak ni asyik nampak macam bermasalah je, kesian aku tengok.’

“Sudahlah, jom makan. Tak perlu nak emosi-emosi. Kau ucap terima kasih kat aku esok aje lah.”

Mereka menikmati hidangan makan tengah hari bersama. Sesekali Nadia menjeling memandang Diana, lain rasanya makan tengah hari ini. Selalunya dia makan bersama Ezuan tetapi hari ini peneman dia makan bukan Ezuan. Tapi Diana, gadis yang dia baru kenal tidak sampai 24 jam lagi. Gadis itu masih berbalut di tubuhnya yang luka semalam, dalam hati Nadia berdoa luka Diana akan cepat kering dan sembuh tanpa meninggalkan parut. Kalau tidak pasti dia akan rasa bersalah terhadap gadis itu.

Tak mungkin Nadia dapat berhadapan dengan Diana kalau kecederaan Diana meninggalkan parut terutamanya di wajahnya. Tapi… hendak pindah, Nadia sudah tidak tahu hendak ke mana. Dia tidak mungkin akan pulang ke rumah milik Ezuan semula. Ah, walau sehebat mana Nadia hendak mengelak, akhirnya dia terpaksa berhadapan dengan Ezuan lagi di tempat kerja. Nadia tidak mungkin dapat lari begitu sahaja, susahlah hidupnya kalau dia berhenti kerja. Tetapi Nadia nekad dia tidak akan menerima apa-apa ‘tajaan’ dari Ezuan lagi, cukuplah setakat ini.

‘Nadia, kau ada dua hari untuk sediakan diri nak jumpa Ezuan isnin ni.’ Bisik hati Nadia.

“Mengelamun? Aku susah payah masak sedap-sedap bukan untuk ditenung. Makanlah.” Tegur Diana bila dia perasan yang tangan Nadia sudah berhenti menyuap nasi untuk beberapa ketika. Entah apa yang difikirkannya. Nadia tersenyum nipis, tangannya kembali menyudu nasi di pinggan.

“Kau fikir apa ni?” Tanya Diana lembut.

“Tak ada apalah.” Balas Nadia, Diana mula buat muka mengugut.

“Aku cuma fikir, er… macam mana kau pergi kerja? Aku tak nampak kereta kau pun.” Lencong Nadia, dia belum bercadang hendak bercerita kepada Diana pengalaman hidupnya. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk membuka kisah silamnya.

“Aku naik bas je. Rumah ni agak dekat dengan hentian bas, jadi aku jalan sikit dah sampai. Bas pun okey. Kenapa?”

“Aku fikir macam mana nak pergi kerja isnin ni.” Dalih Nadia.

“Kereta kau mana?”

“Kereta aku?”

“Myvi yang kau buat langgar aku semalam.”  

“Oh, itu bukan kereta aku. Kereta kawan, aku pinjam.” Memang benar kereta itu bukan miliknya, Ezuan yang beli untuk dia pakai. Nadia sudah tinggal di rumah bersama kunci di dalam bilik, Nadia tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan Ezuan lagi. Cukuplah.

“Nanti aku tunjukkan kat kau kat mana busstop tu.” Tawar Diana, Nadia senyum lalu mengangguk sekali.

“Maaf kalau aku terlalu jaga tepi kain kau, tapi aku tertanya-tanya, kenapa kau pindah rumah? Selama ni kau tinggal kat mana?”

“Er…” Nadia tidak tahu hendak menjawab bagaimana, melihat wajah ragu-ragu Nadia, Diana terus menyambung.

“Kalau kau tak selesa nak jawab tak apalah.” Ujar Diana untuk menyedapkan hati Nadia. Bimbang selera Nadia mati pulak, berlapar pulak housemate baru dia nanti. Nadia jadi serba salah, tak patut juga buat orang yang telah menyelamatkannya ini terus tertanya-tanya.

“Aku… gaduh dengan tuan rumah aku. Aku tak nak ada konflik lagi jadi aku pindah je.” Kata Nadia, Diana berkerut dahi.

“Gaduh dengan tuan rumah?” Tanya Diana pelik, dan risau.

“Hal peribadi, er… tapi kau janganlah takut. Aku tak akan bawa masalah pada kau. Aku janji. Aku akan jadi penyewa yang baik.” Janji Nadia sungguh-sungguh. Dia tidak mahu dihalau, ini satu-satunya harapannya, dia tidak mahu mencari rumah sewa lain.  

 

::::

~bersambung~

 

an: atas permintaan pembaca tegar saya, saya update lah.. next update tak janji bila.. 

sweety... comments are apprieciated. 

Comments

Comments are moderated. Keep it cool. Critical is fine, but if you're rude to one another (or to us), we'll delete your stuff. Have fun and thanks for joining the conversation!

You must be logged in to comment.

Bihurrunain  on says about chapter 6:
Q... Hahaha. Lama tak dengar fasal Alan... Cerita fasal Alan pula...

eifa_arey  on says about chapter 6:
Panas punggung ler Ezuan. Lawan nadia, jgn x lwn eh! X selamanya duk bwh telunjuk Ezuan tu.

Bihurrunain  on says about chapter 4:
Nadia teman diana.....

Bihurrunain  on says about chapter 3:
Helo.... Mana Q ni. Ketuk pintu tak ada orang pun.... Heehehe. Mesti sibuk kat pbakl ni...

Bihurrunain  on says about chapter 3:
Haa... macam tu la nadia. Tinggalkan ezuan tu... wah... rancakkan menulis q...

eifa_arey  on says about chapter 3:
Bagus Nadia. Kumbang bukan sekor jer. Alan..Alan

Bihurrunain  on says about chapter 2:
Ba nak cakap.... Ezuan tu pakwe nadia ke? Sekali baca kat hujung... Mmg pun!!!
Helo nadia... Kenapa kalau dia dah macam tu.... Awak still nak kat ezuan ni.... Heee...
Q,
Hope Alan tu ada watak yang istimewa kat Nadia... Hahaha.ru

Bihurrunain  on says about chapter 1:
Siapalah lelaki tu. Ewah, nadia. Ada orang payungkan untuk kau... hehehe^___^

eifa_arey  on says about chapter 2:
Lagi... lagi... lagi....

eifa_arey  on says about chapter 1:
Menarik..menarik. ...buat hati meronta nak tau kisah selanjutnya.

Log in to view all comments and replies


^ Back to Top