Start of Something New

by ryalanidthoniel
Tags   originalcharacter   tokiohotel   bahasamelayu   | Report Content

A A A A

Lampu isyarat untuk pejalan kaki bertukar merah. Amin menapak ke hadapan, mahu melintas. Dia seorang lelaki berusia 57 tahun, kurus melidi, memakai cermin mata berbingkai bulat (bayangkan Harry Potter), dan juga berjanggut hampir putih. Masih ada dua tiga helai rambut hitam di janggutnya yang tertinggal. Dia berjalan tegak, tidak melihat kiri dan kanannya, mengetahui yang memang sudah tidak ada kenderaan yang akan bergerak ketika itu.

Tetapi, malang tidak pernah berbau.

“JAGA-JAGA, PAKCIK!!!”Amin menoleh ke arah suara itu, melihat ada seorang gadis yang sedang meluncur laju ke arahnya. Amin tidak sempat mengelak.

ARGHHH!!!!

Amin terjatuh ke atas jalan, gadis itu tergolek-golek ke sisinya. Mengalami kecederaan yang lebih parah, namun dia tidak mengerang di atas jalan seperti Amin.

“Pakcik okey?”gadis itu berlari ke arah Amin, membantunya untuk bangun. Amin menyedari yang dia memakai kasut roda, mungkin kerana itulah dia ‘meluncur’ bukannya ‘berjalan’.

“Okey,”Amin menyedari mulutnya berkata. Gadis itu nampak lega. Dia melepaskan tangannya pada Amin, dan mula mengutip barang-barang yang dibawanya tadi. Banyak kertas yang jatuh di atas jalan, dan dia sedang memasukkan barang-barang yang kebanyakannya alat tulis ke dalam sebuah beg kecil. Amin terpandangkan sehelai kertas yang jatuh, dan melekat di bawah kakinya.

Dia mengutipnya, mengalihkan sisinya di mana ada dakwat tertumpah di situ, dan membacanya.

 

‘A Bucket List Full of Dreams and Hopes’.

 

Amin membaca kertas itu dari atas hingga ke bawah. Kertas itu tertulis satu senarai, lebih kurang 30 lebih semuanya, menuliskan beberapa impian demi impian. Amin membaca setiap satu impian itu, agak terpesona dengan beberapa impian yang tertulis.

“Oops, jangan baca tu,”gadis itu merampas kertas itu dari tangan Amin. Amin mengerutkan kening. “Hal peribadi,”wajahnya memerah.

“Kamu tulis semua tu?”

“Nak buang masa,”dia memasukkan kertas itu ke dalam beg yang dipegangnya. Amin asyik memandang. “Saya takda kerja lain,”

“Kamu taknak tunaikan impian tu?”

“Mustahil, semua tu mustahil, sebab saya takda duit, saya bukan orang kaya,”nadanya kedengaran agak kecewa dan menyesal. Masih lagi merah wajahnya. “Kalau pakcik dah baca, tolonglah lupakan, saya pun rasa semua ni, macam tak patut je.”

“Hei, jangan macam tu,”Amin menepuk belakang gadis itu. “Apa nama awak?”

“Lilika,”gadis itu menjawab, suaranya agak serak-serak basah. Amin merenung wajahnya. Dia perasan mata gadis itu agak coklat berbanding orang Asia yang lain.

“Kalau saya beri kamu peluang untuk tunaikan impian kamu, kamu nak?”Lilika ternganga. “Saya tanya sekali lagi, dan kamu kena pasti semua ni kamu memang nak buat,”

“Saya memang nak buat semua ni...”Lilika menggenggam begnya erat.

“Apa lagi yang jadi penghalang kamu, anak muda?”Amin memujuk. Lilika tersenyum pada Amin. Wajahnya kembali normal. “Saya seorang butler,”

“Butler?”Lilika pertama kali mendengar perkataan itu di luar rancangan televisyen. Dia tidak sangka dia akan bertemu dengan seorang lelaki yang bekerja sebagai butler. Perempuan pun. Pendek kata, dia tidak pernah bertemu butler dalam dunia nyata.

“Tuan saya seorang billionaire, saya akan minta dia tunaikan permintaan kamu, yang kamu tulis dalam kertas tu,”

Lilika tidak dapat mempercayai telinganya sendiri, atau apa yang sedang berlaku ketika itu.

“It’s too good to be true,”

“Trust me,”Amin berkata, dengan senyuman di bibirnya. Lilika menggeleng kepala tiba-tiba.

“Tak boleh, saya tak...”dia menelan liur. “Saya langgar pakcik tadi, jangan-jangan pakcik nak balas dendam kat saya,”Amin tergelak kecil.

“Saya seorang lelaki berusia 57 tahun, saya dah jalani hidup saya lebih dari setengah abad, saya takkan khianati seorang anak gadis macam kamu,”kata-kata Amin sangat tersusun dan matang. Lilika kagum. “Boleh saya panggil kamu Lily?”

“Oh, silakan!”Lilika menepuk dahinya. Kenapa dia pulak nak cakap skema?

“Lily,”

“Semua orang sebenarnya panggil saya Lily, berbanding Lilika, sebab saya rasa ‘ka’ di belakang tu macam tak perlu,”

“Tak,”Amin menggeleng kepala. “Semua ibubapa berikan nama yang baik untuk anak-anaknya,”Lilika terdiam. Dia menunduk. “Boleh berikan saya nombor telefon kamu?”

“Nombor telefon saya?”

“Saya akan cuba hubungi kamu, untuk confirmkan dengan tuan saya dulu, kalau tuan saya setuju, saya akan bagitau,”

“Betul ke tuan kamu billionaire?”Amin mengangguk. “Boleh saya tahu siapa?”

“Saya tak dibenarkan beritahu identitinya kepada sesiapa pun,”

“Tapi, macam mana kalau dia nak sponsor saya nanti?”

“Saya akan beritahu kemudian,”Amin mengeluarkan telefon bimbitnya. “Nombornya?”

“Betul ke?”

“Nombornya,”Amin memotong kata-kata Lilika. Lilika terdiam, dan kemudian dia menyebutkan nombor telefonnya, dengan keraguan di dalam hatinya.

“Kalau pakcik tak boleh mintak tuan pakcik taja saya pun, saya takkan sedih!”Amin tergelak kecil, melihat gelagat Lilika. Lilika benar-benar seorang yang peramah, dia boleh berkomunikasi lebih lama dari lima minit dengan seorang lelaki tua sepertinya. Dia ada melakukan pemerhatian, dan tidak ramai yang boleh meneruskan sebuah perbualan lebih daripada lima minit dengan seorang lelaki berumur sepertinya.

“Oh, dia takkan menolak seorang gadis comel macam kamu,”Amin memuji, membuatkan wajah Lilika merah lagi. Dia tidak menganggap pujian itu seperti pujian lelaki lain, gatal, tetapi ikhlas dari hati. Dia hanyalah seorang gadis muda yang bertemu dengan seorang lelaki tua yang sebaya datuknya sendiri. “Saya akan hubungi kamu nanti,”

“Terima kasih,”Lilika tersenyum pada Amin. Amin membalasnya, sebelum mereka berdua berpisah ke dua arah yang berlainan.

 

Malam itu juga, Lilika dihubungi oleh Amin. Lilika tidak menyangka akan jadi secepat itu.

Dia memandang patung lembut berbentuk anak kucing, yang dinamakan Goria, temannya sejak kecil. Semenjak dia ditinggalkan di rumah anak yatim itu, yang dipanggil Rosbiru, dia ditinggalkan bersama dengan patung lembut yang sekarang sudah semakin kecil selepas 19 tahun dia membesar.

“Kamu dah boleh packing apa yang kamu nak bawa dalam perjalanan nanti,”

“Saya dah boleh terus pergi?”

“Kita akan kena buat pasport kamu dulu,”Lilika menelan liur. Dia mahu menjerit kegembiraan namun dia takut itu semuanya hanyalah mimpinya. Dia mencubit pipinya. Aduh, sakit!

“Bila?”

“Kamu ada sekolah atau apa?”

“Saya kerja di rumah anak yatim,”Lilika membalas. Gembira dengan apa yang didengarnya. “Sebab tulah saya buat impian tu, saya nak keluar dari dunia saya,”

“Baik, kalau macam tu, saya akan uruskan segala-galanya untuk kamu esok,”

Dengan itu, talian diputuskan. Lilika tercengang di katil, memandang Goria.

“You will see a brand new LILIKA!!!!”dia menjerit kuat, sehingga dimarahi oleh pengurus Rosbiru itu.

 

“Pasport, dan BlackBerry,”Amin memberikan satu peranti komunikasi, yang hanya boleh dilihat di dalam iklan, sekarang berada di dalam tangannya. “Tuan saya beritahu yang kamu akan dapat BlackBerry untuk berkomunikasi dengan dia,”

“BlackBerry ni untuk saya?”Lilika membelek BlackBerry itu. Terkejut, dan terpesona. Mana-mana perasaan itu akan membunuhnya.

“Ya, untuk berhubung dengan tuan.”

“Tapi, saya tak kenal dia,”Lilika meletakkan BlackBerry itu di atas ribanya. Memandang Amin. Amin tersenyum, Lilika perasan orang tua itu ada lesung pipit di pipi kirinya.

“Kamu akan kenal sepanjang perjalanan ni,”Amin meminta pemandu kereta itu bergerak. Lilika perasan itu adalah seorang pemandu peribadi kerana dia mendengar setiap arahan Amin tanpa sebarang soalan. Ditambah pula dengan seragam yang dipakainya. Dia tidak sangka akan berjumpa dengan semua ini di dalam dunianya. “Kita akan mulakan perjalanan ini secepat mungkin, kita akan bertolak bertiga,”

“Kita bertiga?”Lilika mengerling pada pemandu itu, yang sengaja mengambil jalan jauh untuk penjelasan Amin.

“Ya, kita bertiga, kenalkan, ini pemandu peribadi saya, merangkap pengawal peribadi tuan dan juga kamu, mulai beberapa hari ni, Sadeeki,”Sadeeki memberikan pandangan mesra melalui cermin pandang belakang. Lilika melambai padanya. “BlackBerry ni digunakan untuk call saya, Sadeeki, dan juga tuan, tapi, kalau ada apa-apa nombor yang penting untuk kamu, silakan,”dia menunjukkan BlackBerry itu pada Lilika. Lilika masih kagum walaupun sudah lebih lima minit dia meriba alat itu. “Sadeeki dan saya akan temankan kamu, ke mana-mana saja, setiap masa, kalau kamu mahu,”

“Takda apa-apa catch?”

“Setiap malam, kamu kena laporkan pada tuan,”

“Oh,”senangnya! Lilika memastikan dia tidak nampak begitu seronok, namun dia seorang remaja. Tidak mudah untuk menyembunyikan perasaan sebenarnya. Amin tersenyum, dia mengerling Sadeeki yang khusyuk memandu.

“Jumpa lagi esok pagi,”

Lilika melambai pada Amin yang telah menutup pintu kereta, dan berlalu pergi meninggalkan Rosbiru, tempat tinggalnya.

Comments

Comments are moderated. Keep it cool. Critical is fine, but if you're rude to one another (or to us), we'll delete your stuff. Have fun and thanks for joining the conversation!

You must be logged in to comment.

Angel110  on says:
Will you translate it?
I'm a big big fan of tokio hotel (since their debut!9 and I want to read it!

DiamondPop  on says:
Does this come in English?
I'm curious to read it

amusuk  on says about chapter 1:
Wow, it's a good writing!
I'm surprised at first when i read "the bucket list" bcz from what i know, it's a list of dreams of a dying person.
But, i can't wait to see Lilika on her journey! I'm curious!

Keep writing, dear author!

NB: Sorry, sy ga lancar cakap bhs melayu, jd sy pake english j, ok? *fail malay

Log in to view all comments and replies


^ Back to Top