Horee Horee

by ryalanidthoniel
Tags   originalcharacter   tokiohotel   bahasamelayu   | Report Content

A A A A

“Ini restorannya,”Lilika melangkah masuk selepas Sadeeki dan Amin di belakangnya. Mereka telah berjanji kepada Lilika akan membawanya pergi ke restoran itu keesokan harinya. Restoran Hallal’s Step itu dimiliki oleh saudagar kain dari Lubnan, mereka membuka restoran yang menyediakan makanan halal itu, berada agak jauh dari bandar Zurich. Restoran itu kecil sahaja, dan pintunya dicat merah dengan gambar lembu di hadapannya. Restoran itu tidak nampak mewah, mejanya hanyalah seperti meja kecil di restoran-restoran biasa.

“Come in,”seorang pelayan menerpa mereka. Lilika terkejut dengan kehadirannya yang tiba-tiba itu. Tetapi, dia masih berupaya tersenyum kepada pelayan yang berambut hitam, mungkin dia datang dari negara Arab itu juga, atau jika tidak pun dari negara lain.

Mereka mengambil tempat di meja paling hujung, paling dekat dengan tingkap yang panjangnya adalah dari lantai ke siling. Lilika berada di belakang dinding, di mana Sadeeki menghadap tingkap dan Amin menghadapnya. Meja itu berbentuk bulat, ada beberapa botol kecil diletakkan di tengah-tengah meja, masing-masing mengandungi serbuk cili, garam, lada dan gula. Pelayan itu datang kembali, memberikan setiap orang daripada mereka sebuah buku menu.

Lilika membukanya. Mukasurat pertama menunjukkan gambar beberapa hidangan berasaskan daging lembu dan kambing. Perutnya terus terasa lapar.

“Emm...”Lilika tidak berapa mengenali masakan-masakan itu. Bukan dari negaranya. Dia memandang pelayan yang sedang memegang sebuah buku nota kecil dan sebatang pen. Pelayan itu kidal. “This is soup?”dia mengunjukkan sebuah gambar yang ada di dalam buku menu kepada pelayan itu. Pelayan itu – di tanda namanya bernama As’ad – menunduk, dan mengangguk. Lilika mengerling pada Sadeeki dan Amin. Mereka masih lagi khusyuk memilih menu. “I’ll take this one,”

“Sure,”As’ad menulisnya ke dalam buku nota kecil itu. Lilika menyelak lagi. “Anything else?”

Amin dan Sadeeki memberitahunya apa yang mahu dimakan mereka. Sadeeki memilih masakan yang berasaskan ayam, rasanya ayam golek yang dibakar, dan diperam dengan limau nipis semalaman. Ada juga beberapa keping roti yang disertakan bersama, dan sup lada hitam. Lilika tidak tahu bagaimanakah rasanya sup lada hitam itu nanti. Amin pula memesan ikan salmon (lagi!) yang digoreng bersama mee khas dari negara Arab.

“Thank you,”Lilika memberikan buku menu itu kepada As’ad. As’ad mengambilnya dan terus meluncur pergi ke tempat di mana tukang masak berada.

Lilika perasan dia memakai kasut roda.

Oh, dia sangat rindukan kasut rodanya.

“Sini memang takda tempat nak main kasut roda?”Lilika menjeling kepada As’ad, memberikan tanda-tanda kepada Amin dan Sadeeki. Tetapi, pastinya Amin tidak akan memberikan kebenaran tanpa sebab-sebab munasabah. Sadeeki berpaling ke belakang, menyedari yang As’ad memakai kasut roda.

“Kenapa nak main pulak?”Amin menghirup air kosong yang diberikan As’ad kepada mereka bertiga, tiga cawan untuk masing-masing.

“Saya teringin, please, pakcik,”suaranya separuh merayu, separuh lagi penuh dengan harapan. Dia mengharap sangat yang Amin sudah boleh memaafkannya kerana menaiki kasut roda dan tidak berhati-hati sehingga melanggar orang lain. Lebih spesifik, melanggar dirinya.

“Kasut roda berbahaya kalau kamu asyik nak langgar orang,”Lilika mencebik. Dengar macam Amin tidak akan membenarkannya bermain dengan kasut roda selagi dia tidak lepas dari pandangannya.

“Saya janji saya tak buat lagi, pakcik,”Lilika berjanji, kali kedua selepas dia meminta maaf pada hari dia bertemu dengan Amin. “Saya janji saya akan main kat tempat yang takda orang, atau kalau ada orang pun, memang tempat tu orang main kasut roda!”

“Amin...”Sadeeki kasihan melihat Lilika. Itulah kelemahan utamanya. Selalunya dia akan berpihak kepada Lilika, walau seberapa berat pun kesalahan yang dilakukan gadis itu. Tetapi, rasanya Amin tidak mahu menukar fikirannya.

Mujurlah makanan mereka cepat sampai. Jika tidak, pastinya Amin akan digesa lagi sehinggalah dia bersetuju.

“Wow,”sup yang dipesan Lilika nampak sangat sedap, dan perutnya sudah menjerit-jerit minta diisi. Dia lagipun sudah lama tidak menikmati daging. Dia mengambil sudu, menghirup sup itu. “Emm...sedap...”Lilika tidak menunggu lama. Jika boleh dia mahu menerkam setiap daging itu seperti seekor singa lapar, tetapi dia seorang perempuan, tidak mungkin! Dia diajar tatacara untuk makan dengan sopan dan penuh tatasusila. Dia tidak akan melupakannya walau betapa lapar sekalipun. Walaupun dia tidak diajar dengan budaya orang kaya makan, tetapi dia boleh makan makanan yang sedap dengan perlahan-lahan. Menikmati setiap suapan yang masuk ke dalam mulutnya.

“Baunya pun sedap,”ayam golek yang dipesan Sadeeki telah sampai. Pertama kali Lilika melihat seekor ayam yang sebesar itu. Dua kali ganda daripada ayam yang biasa disiangnya untuk diberi makan kepada anak-anak yatim di Rosbiru. Roti bawang putih itu berbau enak sangat, sehingga Lilika tidak dapat menghalang tangannya sendiri daripada mengambil salah satu daripadanya dari pinggan Sadeeki. Sadeeki cuba menghalang tetapi Lilika terus memasukkannya ke dalam mulut.

“Sadeeki,”Amin menegur, apabila Sadeeki merungut. “Em,”dia memberikan roti menteganya kepada Sadeeki. Sadeeki mengucapkan terima kasih, menjeling kepada Lilika. Lilika tergelak kecil. Sekurang-kurangnya dia menang dalam pertarungan itu.

“Lain kali saya akan masak untuk awak berdua,”Lilika memotong daging yang ada di dalam sup, mengeluarkannya, meletakkannya ke atas pinggan dan menggunakan pisau kecil untuk memisahkannya. “Nak makan apa?”

“Nak masak kat mana?”

“Kita akan cuba cari dapur,”Amin memberi cadangan. Lilika tersenyum.

“Saya pandai masak,”Lilika bangga dengan diri sendiri. Lima tahun latihan tidak sia-sia apabila dia boleh memberitahu semua orang yang dia pandai memasak. Tidak semua gadis dalam dunia sekarang boleh memasak, dan dia agak malu dengan itu. Dia dilatih oleh tukang masak Rosbiru, Kak Sabrina. Kak Sabrina mengajarnya memasak pelbagai hidangan, dan bukan setakat masakan melayu kampung sahaja yang diketahuinya. Dia handal memasak, jika Rosbiru memberikan lebih sedikit sahaja peruntukan untuk makanan, anak-anak yatim di Rosbiru akan jadi agak berisi dalam masa yang singkat. Lilika suka bersembang dengan Kak Sabrina dan pembantunya, Weenie, mereka memiliki berbagai-bagai cerita daripada segenap penjuru di dalam Rosbiru. Dia mengetahui gosip-gosip baru daripada mereka, dan dia akan balik menceritakannya semula kepada Aliyah. Akhirnya Lilika dan Aliyah menjadi kawan baik kepada Kak Sabrina dan Weenie.

“Pandai masak?”Sadeeki mengangkat kening. Berita kepadanya. Dia tidak pernah tahu. Lilika tidak pernah bercakap mengenai kehandalannya.

“Saya ingatkan kamu hanya pandai main kasut roda,”Amin mengusik. Lilika dan Sadeeki ketawa.

“Tak, saya belajar masak dah lama, sebab saya suka pegang pisau,”

“Pisau?”Sadeeki tidak percaya. Dia memasukkan cebisan ayam golek ke dalam mulutnya yang agak comot dengan minyak. Setiap beberapa minit dia akan meneguk jus campuran strawberi dan orennya.

“Pisau hanya boleh membawa kegembiraan apabila digunakan untuk memasak,”Lilika mengangkat jari telunjuk kanannya tinggi ke udara. Sadeeki dan Amin, kedua-duanya terpegun dengan gaya Lilika itu.

“Apa awak buat tadi?”

“Kamen Rider Kabuto,”Lilika tersengih lebar. “Itu apa yang saya belajar dalam cerita dia, banyak lagi, tapi semuanya bermula dengan ‘nenek saya kata’,”dia mengangkat jari telunjuknya itu lagi. Sadeeki dan Amin berpandangan sebentar sebelum mereka bertiga ketawa berdekah-dekah.

 

Tidak dapat menolak permintaan Lilika, akhirnya Amin bersetuju untuk membenarkannya bermain kasut roda di sebuah kompleks beli-belah yang mempunyai lapangan untuk bermain kasut roda. Di situ, ada setiap kelengkapan keselamatan yang seseorang perlukan untuk melakukan aktiviti itu. Pada awalnya Lilika berasa agak leceh, dia lebih senang meminjam kasut roda atau menyewanya dan bermain di jalanan, tetapi Amin berkeras, dan dia terpaksa bersetuju.

Sebaik sahaja dia memasangkan kasut roda itu ke kakinya, dia sudah terasa seronok sekali. Dia terasa kakinya sudah bertukar bentuk, walaupun hanya kasutnya sahaja yang bertukar. Sadeeki dan Amin tidak mahu melibatkan diri mereka di dalam lapangan yang penuh dengan orang ramai bermain kasut roda, kerana agaknya mereka mengkhuatiri dengan badan Sadeeki yang agak besar – dia akan jatuh – dan kerana Amin boleh dianggap seorang lelaki tua – dia mungkin juga dilanggar dan akan terkena serangan jantung.

“Saya pergi!”Lilika bangun dari kerusinya, dan terus meluncur ke tengah lapangan. Amin dan Sadeeki berada di luar lapangan, melihat sahaja ke mana sahaja Lilika meluncur. Kadang-kadang dia sempat membuat kawan baru di dalam itu. Kadang-kadang dia menolong beberapa budak kecil yang ada untuk bermain kasut roda. Dia mengelilingi lapangan itu tidak kurang daripada lima kali, dan dia tidak kelihatan letih langsung.

Berlainan pula dengan Amin dan Sadeeki. Mereka sudah duduk di satu kerusi panjang yang ada disediakan di situ, apabila Lilika hilang dari pandangan.

Sadeeki mengeluarkan telefon bimbitnya, Nokia Navigator 6110. Dia menekan-nekan beberapa butang, dan melihat-lihat mesej yang diterimanya. Ada mesej yang dikirim oleh isterinya, Anis. Dia tersenyum, membalasnya dengan gembira sekali. Kemudian, dia menyimpan Nokianya terus ke dalam poket baju. Tidak melihat kiri dan kanan lagi.

Amin hanya duduk diam di tempatnya. Tidak mengeluarkan BlackBerrynya sekalipun. Hanya memandang ke hadapan, anak matanya bergerak-gerak memerhatikan tingkahlaku Lilika, sekarang sedang memegang seorang budak lelaki berambut perang cerah, dan bermata biru. Mengajarnya bermain kasut roda, dan Lilika melakukannya dengan baik sekali, walaupun kadang-kadang mata budak itu terkebil-kebil memandang Lilika, mungkin tidak faham dengan kata-katanya, tetapi dia tidak mahu berpisah dengan Lilika apabila Lilika cuba untuk meluncur ke bahagian lain.

Mereka setia menanti sehinggalah Lilika selesai bermain dua jam kemudian. Lilika keluar dari lapangan itu, berpeluh-peluh. Dia sudah menanggalkan kasut roda yang dipakainya. Dia membawa keluar bersama budak lelaki yang bermain bersamanya tadi. Budak itu berusia lebih kurang empat tahun. Matanya besar.

“These are my friends,”Lilika memperkenalkan Sadeeki dan Amin kepada budak lelaki itu, dan juga ibunya yang datang bersama.  “Come on, shake their hands,”Lilika mengunjukkan pada budak lelaki itu kepada Sadeeki. Budak lelaki itu nampak teragak-agak untuk menyambut tangan Sadeeki yang sangat besar itu. Akhirnya dia menghulurkan tangan, Sadeeki menyambutnya dengan riang. Tangannya empat kali ganda lebih besar daripada tangan budak kecil itu.

“My name is Neil,”ujar budak kecil itu, masih pelat kata-katanya.

“Their name are...Sadeeki,”Lilika menunjukkan ibu jarinya pada Sadeeki dan Amin. Amin pula sedang bersalaman dengan Neil. “And..Amin...”

“It was nice to meet you,”ibu Neil yang dari tadi mendiamkan diri tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila bertemu Lilika. “I don’t know how to skate, so, I can’t do anything, and they won’t train him, eventhough I wanna pay more,”

“It’s okay, we can skate again, soon,”Lilika memegang bahu Neil. Neil mengangguk beberapa kali.

“You made new friends,”ibunya berkata kepada Neil yang sudah memegang baju ibunya, beralih daripada Lilika.

“And a big one, too,”Lilika mengusap kepala Neil. Neil tersenyum padanya.

“Thank you,”ibunya bersalaman dengan Lilika.

“No big deal,”balasnya. Mengerling pada Neil. Wajah Neil memerah. Lilika mengambil kesempatan itu mencubit pipinya sekali lagi. Neil tergelak kecil. Lilika mencangkung, menyamakan ketinggiannya dengan Neil. “So, so long,”

“Do you want to come to my house?”tanya Neil. Lilika tersengih.

“I got works to do,”

“But mom can cook delicious pasta,”

“I wish I can come, but maybe later, darling,”Lilika tidak dapat menafikan kekecewaannya juga apabila Neil mencebik. Bibirnya merah, seperti ceri. “I can cook delicious pasta too,”

“Promise me, you will come to my house,”Neil masih tidak berputus asa. Lilika tersenyum.

“I will ask your address,”Lilika menjeling pada ibu Neil. “But, I really have to go, now,”

“Okay,”wajah Neil memerah lagi. Dia menarik tangan Lilika apabila Lilika mahu bangun berdiri.

“What is it?”

“Can you give me a kiss?”wajah Lilika pula yang memerah dengan soalan itu. Dia memandang ibu Neil, juga terkejut dengan soalan itu. Dia menggigit bibir bawahnya, masih lagi mampu tersenyum.

“Close your eyes,”Neil menutupnya. Lilika menunduk, memberikan kucupan mesra pada pipi Neil. Wajah Neil makin merah. Dia membuka mata semula.

“Can...can I give you a kiss?”

“Now, that’s a request from a four year old gentleman, isn’t he?”Lilika memandang ibu Neil yang bercekak pinggang. Tidak percaya dengan apa yang anaknya tuturkan. “Go ahead,”Lilika menunduk, dan Neil menghadiahkannya sebuah kucupan ringkas di pipi kanannya. Ibu Neil menyentuh dahi dengan belakang tangan, sementara Sadeeki dan Amin hanya tersenyum simpul. Neil berlari, menyorok di belakang ibunya, apabila Lilika sudah bangun berdiri semula.

“Better get going,”Amin menunduk, memberikan tanda hormat kepada Neil dan ibunya sebelum mereka bertiga melangkah pergi.

“Hai, budak kecil pun boleh suka dengan awak? Awak pakai tonik sihir?”Sadeeki mengusik. Lilika ketawa besar, memberikan tamparan mesra pada belakang bahu pengawal peribadi itu.

 

‘Bila-bila masa saya akan masak sesuatu untuk Amin dan Sadeeki.’

 

Lilika menekan butang ‘Send’, memberikan mesej itu kepada Tuan Ayden. Dia sibuk mengemas barang-barangnya ke dalam beg pakaian dan beg galasnya. Mereka akan bergerak semula ke Paris, mereka terlupa tentang Menara Eiffel. Amin menguruskan segala-galanya untuk mereka bertiga, dan esok Sadeeki akan memandu ke Paris terus.

 

Tuan Ayden membalas.

 

‘Awak taknak masak untuk saya?’

 

‘Awak kena datang jumpa saya dulu.’

 

Lilika tersengih sendiri. Dia sedang memasang perangkap. Semoga Tuan Ayden jatuh ke dalamnya. Dia benar-benar teringin mahu memasak, dan juga bertemu dengan Tuan Ayden. Sekali pun tidak apa. Dia hanya mahu bertemunya.

 

‘Okey. Bila awak nak masak?’

 

Hati Lilika melompat. Dia setuju.

Dia setuju? Senangnya.

 

‘Bila awak boleh datang sini?’

 

Lilika menepuk dahi. Dia menjawab pertanyaan dengan bertanya. Bukan tindakan yang baik.

 

‘Saya akan datang bertemu awak dua hari lagi. Saya akan uruskan dahulu apa yang saya nak buat kat sini,’

 

‘Awak ada kat mana sekarang?’

 

‘Eropah.’

 

Lilika berfikir-fikir. Kalau begitu, Tuan Ayden memang benar-benar dekat dengannyalah. Dia tidak mahu memberitahu di negara Eropah yang mana dia berada. Kalau didesak pun, sia-sia sahaja. Kalau tersilap langkah, Tuan Ayden akan marah dengannya sekali lagi.

Apa salahnya mereka bertemu? Tuan Ayden tidak akan rugi apa-apa. Kalau ada orang yang rugi pun....memang takda siapalah yang rugi! Kenapa Tuan Ayden ni susah sangat nak jumpa dengan orang? Macam mana dia berniaga kalau perangai dia macam tu?

 

Lilika keluar, mengetuk pintu bilik Sadeeki dan Amin. Amin yang membuka pintu.

“Pakcik Amin, kita kena delay ke Paris sehari lagi, sebab saya dah ajak Tuan Ayden makan masakan saya lusa,”

“Hah?”Sadeeki dan Amin terkejut bukan kepalang. Wajah mereka mendekati pucat, walaupun masih ada warna lagi.

“Kenapa kamu ajak dia, tak tanya kami dulu?”Amin meluru ke hadapan. Lilika melangkah dua tapak ke belakang, melihat Amin nampak gelabah dan terburu-buru.

“Saya mesej dia, saya ingatkan..”Lilika terkedu dengan kata-katanya sendiri. Adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengajak Tuan Ayden? “Saya nak dia rasa masakan saya...”

“Kamu kena beritahu kami dulu,”Sadeeki telah bangun dari sofanya. Dia sedang menonton televisyen tadi. Lilika tidak dapat menahan panahan mata Amin. Dia nampak garang. “Kan, saya dah beritahu dulu, kalau berkaitan dengan Tuan Ayden, beritahu kami dulu, kami akan cakapkan pada dia,”

“Tapi, saya boleh mesej dia terus,”

“Memang, tapi dalam hal ni...”Amin mengeluh, berat. Lilika menggigit bibir.

“Saya hanya nak dia rasa masakan saya...”Amin memegang dahinya, menggelengkan kepala. Sadeeki muncul, memandang Lilika. “Sadeeki, kenapa dengan Tuan Ayden? Kenapa awak dua orang marah saya bila saya bercakap pasal dia?”

“Lily...”Sadeeki bersuara perlahan. Nadanya penuh dengan kekecewaan juga, jika Lilika tidak salah. Lilika perasan Amin mengalihkan wajahnya ke tempat lain, memberitahu Sadeeki sesuatu. Sadeeki mengangguk-angguk. Gadis itu kebingungan. “Kami tak marah,”

“Kami hanya...”Amin menelan liur. “Tuan Ayden ada hal peribadi sendiri, dan kami adalah pembantunya yang paling lama dengan dia, kami faham dengan apa yang dia nak dan apa yang dia taknak, mengajak dia macam tu, dah kacau hak peribadi dia yang kami sendiri tak pernah cuba nak sentuh,”

“Tapi, saya tak tahu....”Lilika tidak tahu bagaimana lagi hendak mempertahankan dirinya. “Saya tak tahu yang...yang...”Lilika berhenti bercakap. Sadeeki dan Amin memandangnya sekarang. Masing-masing berwajah kecewa. Lilika tidak boleh menerima itu.

“Pergilah balik bilik, Lily,”

“Pakcik?”Lilika menelan liur. Terasa kelat dan pahit.

“Baliklah,”Sadeeki menguatkan lagi kata-kata Amin, andainya kata-kata Amin tadi tidak dapat didengar Lilika, sedangkan gadis itu mendengar sebiji-sebiji ayat-ayat itu, tidak salah satu pun.

“Macam mana ni?”Lilika enggan bergerak. Kakinya terpaku di hadapan bilik Sadeeki dan Amin. Kedua-dua lelaki itu berada di hadapan pintu, seperti satu benteng untuk Lilika tidak dapat menembus masuk ke dalam bilik mereka. “Apa saya nak buat sekarang?”

“Kami akan uruskan,”Amin masuk ke dalam bilik, tidak melarikan matanya langsung pada batang tubuh Lilika yang tegak berdiri di situ.

“Pakcik,”

“Kami akan cuba yakinkan Tuan Ayden, yang apa yang awak buat tu satu kesilapan,”

“Saya ajak dia makan, Sadeeki, salah ke?”Lilika menarik lengan baju Sadeeki, menghalangnya dari terus masuk ke dalam bilik dan meninggalkannya di luar dengan penuh kekeliruan. Pertanyaan dan persoalan. Sadeeki memandang tangan Lilika yang melekat pada kain kapas yang membaluti tubuhnya. “Salah ke? Macam orang panggil makan kenduri?”

“Tuan Ayden tak suka jumpa orang, Lily,”Sadeeki perlahan-lahan mengangkat tangan Lilika dari bajunya. “Baliklah, Lily, dah malam sangat ni,”

“Kenapa, Sadeeki, kenapa?”Lilika terus mendesak, namun Sadeeki terus menggeleng. Dia enggan membuka mulut untuk apa-apa jawapan sekalipun berkaitan Tuan Ayden.

“Esok kita cakap lagi, Lily, dah malam ni,”Sadeeki menutup pintu. Perlahan, tetapi daun pintu itu tepat berada di hadapan muka Lilika. Lilika terkesima. Dia menatap nombor bilik itu lama sebelum dia berlalu pergi ke biliknya.

 

Dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Bingung. Tidak tahu apa mahu dilakukannya. Sudah pukul sepuluh malam, dan dia masih tidak dapat melelapkan matanya walaupun tubuhnya sangat penat. Matanya segar. Dia menukar-nukar posisi beberapa kali namun dia masih tidak dapat tidur.

Lilika teringatkan Tuan Ayden – walaupun dia tidak pernah tahu siapa dia sebenarnya - , Amin, dan Sadeeki. Ketiga-tiga mereka, walaupun rapat dengannya, tetapi, mereka ada satu sisi yang tidak boleh disentuh sesiapapun. Lilika tidak selesa. Dia mahu tahu apa, di mana dan kenapa dia tidak boleh menyentuh mana-mana sisi itu. Jika dia tahu, pastinya dia akan lebih berhati-hati, dia tidak akan cuba untuk bermain-main dengannya. Dia akan menjaga kata-katanya. Tetapi, dia tidak tahu apa-apa. Apa-apa idea langsung tentang rahsia mereka. Atau apa yang terlarang.

BlackBerrynya sejak tadi diam sahaja. Tidak ada apa-apa mesej atau panggilan telefon. Dia bangun, duduk di sisi katil yang menghadap tingkap yang luas itu. Dia berjalan menuju tingkap, membuka pintu gelongsor dan bergerak ke balkoni. Angin malam yang sejuk dingin itu menyapanya. Dia bersandar pada balkoni, melihat sekelilingnya. Melihat bandar Zurich pada waktu malam. Banyak lampu. Berkelip-kelip di bawahnya. Dia mendongak.

Ada tiga tingkat lagi di atas tingkat hotel yang didudukinya. Tingkat di atasnya rasanya penuh dengan orang kerana semuanya nampak macam menyala. Ada lampu di dalamnya yang terpasang.

Dia bosan.

Dia menggigil sekejap apabila ada angin bertiup agak kuat daripada biasa. Dia baru berkira-kira mahu masuk ke dalam biliknya semula apabila dia mendengar bunyi pintu gelongsor bilik di atasnya terbuka.

Dia mendongak sekali lagi. Melihat siapa yang baru keluar ke balkoni.

Mata mereka bertembung.

“Hai,”Bill menyapanya. Lilika tersenyum. Kejutan yang tidak disangka-sangka.

 

Comments

Comments are moderated. Keep it cool. Critical is fine, but if you're rude to one another (or to us), we'll delete your stuff. Have fun and thanks for joining the conversation!

You must be logged in to comment.

Angel110  on says:
Will you translate it?
I'm a big big fan of tokio hotel (since their debut!9 and I want to read it!

DiamondPop  on says:
Does this come in English?
I'm curious to read it

amusuk  on says about chapter 1:
Wow, it's a good writing!
I'm surprised at first when i read "the bucket list" bcz from what i know, it's a list of dreams of a dying person.
But, i can't wait to see Lilika on her journey! I'm curious!

Keep writing, dear author!

NB: Sorry, sy ga lancar cakap bhs melayu, jd sy pake english j, ok? *fail malay

Log in to view all comments and replies


^ Back to Top