Someday

by ryalanidthoniel
Tags   originalcharacter   tokiohotel   bahasamelayu   | Report Content

A A A A

Perjalanan ke lapangan terbang itu mengambil masa lebih kurang empat puluh lima minit. Membosankan, tetapi, bagi Lilika itu adalah peluangnya untuk memandang keluar, melihat lebih dekat New Zealand, bumi asing yang dipijaknya saat itu. Sadeeki tidak memandu, kerana mereka menaiki limosin, limosin yang sama yang dinaikinya ketika dia baru sampai, kerana Lilika dapat mengecam pada hujung sofa itu ada sedikit kekoyakan. Dia tidak sengaja mengoyakkan hujungnya kerana bosan. Amin dan Sadeeki tidak perasan.

“Sadeeki?”

“Hm?”

“Awak kenal benar dengan Tuan Ayden?”ketika itu, anak mata Amin agak mencerun pada Sadeeki. Sadeeki cuba tidak mengendahkannya, walaupun Lilika sudah perasan yang dia sudah menggenggam kedua tangannya erat, namun, ya, tidak begitu ketara.

“Saya hanya boleh bagitahu yang saya kerja dengan dia, untuk....beberapa tahun ni,”

“Dia bagitau saya awak umur 40?”besar biji mata Sadeeki mendengarnya. Lilika tergelak kecil.

“Betul?”

“Betul, Tuan Ayden beritahu!!”Lilika tidak menyangka. Adakah benar Sadeeki memang berusia 40? Atau, Tuan Ayden mereka cerita?

Takkanlah Tuan Ayden reka cerita kot? Nampak macam dia tu skema je! Ish, tapi, kalau betullah dia tipu aku, maksudnya betullah aku teka Sadeeki ni umur dia muda lagi!

“Tak,”Sadeeki perasan Amin yang bermuka merah, menahan tawanya. Lilika bingung.

“Habis? Umur awak berapa? Cakaplah!”Lilika ingin tahu. Dia memang ingin tahu. Dia tidak akan berhenti jika tidak ada orang beritahu. “Sadeeki, umur awak berapa?”

“Tak sampai 30,”Amin yang menjawab akhirnya. Lilika ketawa.

30? Tuan Ayden tipu?! Wow.

So much for a billionaire.

“Tak sampai 30?”Lilika merenung Sadeeki. Sadeeki menggelengkan kepalanya. Memegang kepalanya, yang muat di dalam tapak tangannya yang besar. “Wow, awak memang nampak macam umur awak,”

“Ya, saya tak sampai 30, macam mana Tuan Ayden boleh cakap yang saya dah 40?”Lilika menjungkit bahu. Amin dan Sadeeki berpandangan. “Betul ke awak telefon Tuan Ayden?”

“Dia pakai private number kan? Kalau bukan dia, siapa lagi?”Lilika menyoal.

“Betul jugak tu,”Amin menyampuk. “Sadeeki, Tuan Ayden memang macam tu,”Amin berkata. Wajahnya yakin, seolah-olah menunjukkan yang dia memang sangat mengenali Tuan Ayden. Sadeeki mengangguk. “Dia sukakan permainan, dan dia sukakan lawak,”

“Ya,”Sadeeki mengangguk lagi, mempersetujui kata-kata Amin. Amin bersandar pada kusyen limosin, berhadapan dengan Sadeeki dan Lilika. Kedudukan yang sama seperti tempoh hari.

“Macam mana Tuan Ayden tu sebenarnya?”Lilika kembali pada persoalan asal. Dia benar-benar ingin tahu.

Sadeeki dan Amin berpandangan sekali lagi, buat kesekian kalinya. Berita buruk buat Lilika, tetapi dia tidak peduli.

“Please,”Lilika mencuba lagi.

“Dia billionaire muda, dia warisi harta dari datuk dia,”Sadeeki membuka mulut, selepas dipanah oleh Amin. Berhati-hati dia menyusun ayat sendiri. “Datuk dia sebenarnya tak pernah ada rumah pun, rumahnya ada kat seluruh jalan, dan seluruh dunia, sampai Tuan Ayden sendiri tak pernah habiskan masa dengan datuk dia lebih dari seminggu,”

“Oh,”Lilika menutup mulutnya dengan tangan.

“Dia tinggal dengan parents dia, tapi lepas tu, ada accident, dan dia dijaga ramai bodyguard yang datuk dia hantar, tapi still, datuk dia tak pulang ke rumah,”

“Kesiannya,”

“Bila Tuan Ayden capai umur 16, datuk dia meninggal,”

“Lepas tu, mulalah kehidupan Tuan Ayden kat jalan pulak,”Amin menyambung. Lilika menarik nafas. Begitu. Tetapi, dia masih belum jelas. Tuan Ayden tu orang muda ke tua?

“Sekarang, umur dia berapa?”

“23,”Sadeeki memandang Amin, cuba mengira-ngira umur Tuan Ayden walaupun selepas dia menyatakan umurnya. “23, betul,”

“23?”Lilika hampir tidak percaya. “Mudanya,”

“Ya,”Amin menunduk, mengeluarkan BlackBerry di dalam poketnya, dan mencatat sesuatu ke dalamnya.

“Tujuh tahun takda rumah?”Amin dan Sadeeki, kedua-duanya tidak menjawab soalan itu. Lilika menelan liur. Betullah, kot.

Banyak duit boleh simpan kalau tak beli rumah.

Tapi, dia jual apa? Karpet? Hoho.

“Dia tinggal sorang kat dalam mana? Takkanlah takda rumah langsung?”Amin dan Sadeeki mengambil jalan untuk tidak mengendahkan soalan-soalan lanjut Lilika. Lilika kecewa. Dia hanya bertanya. Salah ke? Takkan marah kot?

Tapi, satu hari nanti, aku akan tahu jugak. Bila aku dah jumpa dengan dia sendiri. Aku pasti satu hari nanti, aku akan jumpa dengan Tuan Ayden. Mestilah dia pun nak jumpa aku, sebab aku dah habiskan banyak duit dia. Mestilah dia nak tengok macam mana aku ni, macam mana orangnya yang ada banyak sangat impian, pandai bermimpi, tapi tak pandai simpan duit. Eh, tapi bukan salah aku, duit aku banyak budak-budak tu yang pakai. Kalau tak, memang dah lama dah, tabung aku tu penuh.

Satu hari nanti.

 

“Sadeeki, ke kanan sikit!”Lilika mengarah. Sadeeki dan dirinya sedang berada di arked permainan. Lilika mengajaknya ke situ, sementara Amin menguruskan sesuatu di pejabat antarabangsa.

Mereka sedang mencuba nasib di permainan menangkap patung lembut di dalam kotak kaca. Lilika memasukkan token, menyuruh Sadeeki bermainnya, menolongnya, mendapatkan anak patung koala yang paling besar di dalam itu.

Sudah tiga kali mereka bermain, dan masih gagal mendapatkannya.

“Kita kena dapat benda ni!”Lilika menjadi ahli pasukan sorak pada Sadeeki. Sadeeki sudah berpeluh-peluh bermain permainan itu walaupun secara teorinya tidak memerlukan banyak tenaga sangat pun bermain.

“Ya, sikit lagi!!!”Sadeeki sendiri semakin bersemangat. Sedikit lagi, tangan besi berjari tiga itu telah mengapitnya, dan sekarang koala itu diangkat. Apa yang peliknya, koala itu mahu melurut ke bawah,

“Jangan jatuh!!”Lilika menjerit di belakangnya. Sadeeki mengelap peluh di dahi dengan belakang tangan. Lebih susah daripada memandu di jalan sesak. “Jangan!!”

Hanya satu riben yang dapat dipegang tangan itu.

Tetapi, koala itu berjaya masuk ke dalam corong untuk keluar.

“YEAY!!!”Lilika dan Sadeeki bersorak kegembiraan. Lilika menunduk, mengambil patung lembut koala itu dan memeluknya.

“Hadiah kemenangan kita!!”Lilika menghulurkannya pada Sadeeki. Giliran Sadeeki memeluknya.

“Hmm..busuk? Awak nak benda ni?”

“Worth five penny!!”Lilika melompat kegirangan. Dia merampas semula koala itu dari tangan Sadeeki. “Saya akan namakan Koala ni....Tom!!”kening Sadeeki berkerut.

“Kenapa Tom?”

“Tom ialah rockstar yang saya nak date!”

 

Lilika berada di sebelah Sadeeki di atas kapal terbang. Dia menduduki kelas pertama, seperti mana yang dikehendaki Tuan Ayden. Dia tidak dapat menumpukan perhatian pada skrin LCD di hadapannya. Dia masih berfikir tentang Tuan Ayden, malah dia ada mencoret beberapa gambar untuk menghuraikan gambaran Tuan Ayden yang ada di dalam kepalanya. Semuanya nampak janggal, salah. Tidak ada satu pun yang dirasakan tepat. Lagipun, dia hanya tahu melukis orang lidi. Mata, mulut, telinga, tangan dan kaki? Hah, jangan harap.

Sadeeki memilih untuk tidur sahaja sepanjang perjalanan. Amin memakai fon telinga, menumpukan perhatian pada skrin, entah cerita apalah yang ditontonnya. Kadang-kadang dia hanya bersandar, dan memejamkan mata. Hanya mendengar muzik yang didendangkan.

Lilika tidak dapat tidur. Dia tidak biasa tidur dalam keadaan begini. Tetapi, matanya sangat mengantuk.

Dia cuba bersenandung.

“Twinkle, twinkle little star, how I wonder what you are,”Lilika memandang kiri kanan. Tiada siapa perasan yang dia sedang menyanyi. Off-key rasanya. “Up above the world so high, like a diamond in the sky,”dia terus menyanyi. Dia melihat ke luar. Langit gelap. Dia tidak nampak satu bintang pun. Hampa.

Bosan. Boring. Apa yang aku buat kat dalam ni?

“Twinkle,twinkle, little lump, go to sleep, and don’t you grump,”dia teringatkan lagu yang pernah didengarnya dari televisyen, diubahsuai dari lagu klasiknya. Dari rancangan My Friend Tigger and Pooh. Atau seumpamanya.

“Lily?”suara garau Sadeeki mengejutkan Lilika. Dia menoleh. Sadeeki nampak masih mengantuk, tetapi matanya terbuka.

“Hm? Saya kacau awak ke?”

“Tak boleh tidur?”Sadeeki tidak menjawab soalan itu, memandangkan dia pula yang bertanya.

“Sejuk, entahlah, saya tak boleh tidur,”Lilika menjawab perlahan. Memang benar, dia sejuk. Berada berapa ribu kaki di udara, tidak tahu dia berada di atas laut apa, dan jauh dari rumah, dia terasa dingin.

“Hm,”Sadeeki memberikannya sebuah jaket denim. Lilika mengambilnya.

“Ni?”

“Jaket saya, selalunya saya bawak naik atas flight panjang macam ni, selalu bantu saya tidur, malam ni, takpalah, awak pakailah, rasanya awak lagi perlu kot,”Sadeeki menambah dengan senyuman. Jaket itu dipeluk Lilika, sebelum dia menyarungkannya ke bahagian hadapan tubuhnya. “Tidurlah,”

“Saya tak boleh tidur,”Lilika sudah berasa agak hangat, tetapi, matanya masih tidak mahu tutup. Dia menghadap Sadeeki sekarang, kakinya berada di atas kusyen. Dia memeluk lutut untuk memaksimumkan tahap pemanasan badannya.

“Homesick?”Lilika terdiam, namun selepas itu dia menggelengkan kepalanya.

“Ini kali pertama saya dapat keluar bercuti tanpa diorang semua,”Lilika memberitahu. Sebelah kening Sadeeki terangkat. “Saya rasa agak ringan,”

“Okey,”Sadeeki bersandar. Mereka berpandangan. “Tidurlah,”ujarnya, “Awak dah penat, esok kita sembang lagi,”

“Hm,”Lilika bergerak-gerak, membetulkan kedudukannya. Dia memejamkan matanya. Sayup-sayup dia kedengaran ada seseorang sedang bersenandung. Dia tersenyum, tidak menyedari bila sebenarnya dia terlena.

Comments

Comments are moderated. Keep it cool. Critical is fine, but if you're rude to one another (or to us), we'll delete your stuff. Have fun and thanks for joining the conversation!

You must be logged in to comment.

Angel110  on says:
Will you translate it?
I'm a big big fan of tokio hotel (since their debut!9 and I want to read it!

DiamondPop  on says:
Does this come in English?
I'm curious to read it

amusuk  on says about chapter 1:
Wow, it's a good writing!
I'm surprised at first when i read "the bucket list" bcz from what i know, it's a list of dreams of a dying person.
But, i can't wait to see Lilika on her journey! I'm curious!

Keep writing, dear author!

NB: Sorry, sy ga lancar cakap bhs melayu, jd sy pake english j, ok? *fail malay

Log in to view all comments and replies


^ Back to Top