Rock Star

by ryalanidthoniel
Tags   originalcharacter   tokiohotel   bahasamelayu   | Report Content

A A A A

Dia terkebil-kebil. Lembaga yang sedang berdiri di hadapannya lebih tinggi daripada Amin, dan lebih cerah juga. Dia tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas kerana kepala lembaga itu membelakangi matahari dan bahagian wajahnya itu gelap.

Dia teragak-agak untuk menyambut huluran tangan itu, namun akhirnya dia mengalah dengan keputusan juri di dalam hatinya. Dia mengambil tangan itu, dan melonjakkan tubuhnya, untuk berdiri di atas kakinya semula. Di atas tanah. Di atas muka bumi.

“Hai,”orang yang menolongnya bangun tadi menyapa. Lilika membuka gogal yang dipakainya. Dia hampir ternganga luas.

Tom Kaulitz!!

Dia hampir pengsan juga.

“Emmm...hai,”dia membalas, tergagap-gagap. Tidak menyangka apa yang berlaku di hadapannya sekarang.

“I’ve learned you’ve been sent down from heaven to me,”Lilika agak bingung namun kemudian dia tergelak kecil.

“No,”dia memandang belakang, melihat Amanda mula menarik payung terjunnya, dan mendekatinya pula. Dia membantu Lilika untuk keluar dari pakaian keselamatan yang dipakainya yang masih melekat pada payung terjun itu. Lilika melihat kiri dan kanan, sekelilingnya, mencari di manakah Amin dan Sadeeki. Jantungnya berdebar-debar dengan hebat, dia takut Tom dapat mendengarnya dengan jelas. Dia dapat mendengarnya bergendang di telinga. Membuatkannya agak tidak keruan.

“So...”Tom membuka mulutnya lagi, meminta Lilika menumpukan perhatian padanya. Dia hargai jika dia didengari oleh orang yang dimahukannya.

“So..?”gadis itu menyelak rambutnya yang sudah berselerak selepas dia membuka topi keledarnya.

“Would you walk with me?”

“You came here alone?”Lilika berjalan, mengiringi pergerakan Tom. “But, wait, what are you doing here?”

“Have we met?”Lilika tergelak lagi. “Umm...”Tom meletakkan tangan kanannya di belakang kepala. Lilika memerhatikannya. Dia tidak tahu apa yang hendak dikatakannya, dalam keadaan dia baru sahaja terkena rusuhan adrenalin di dalam tubuhnya, dan selepas itu dikejutkan lagi dengan selebriti yang selama ini berada di dalam jiwanya, dia tidak tahu bagaimana lagi hendak bekerjasama dengan sistem badannya untuk menangani semuanya dalam satu masa.

“You’re Tom Kaulitz, right?”tanya Lilika. Memastikan yang dia tidak tersilap orang. Mustahil Tom Kaulitz berada di hadapan matanya, memandangkan dia tidak nampak ramai orang berada di kawasan itu, seperti selalu dilihatnya di dalam Internet, di mana Tom Kaulitz sentiasa dikerumuni oleh beberapa orang kakitangannya. Sekarang, dia berdua. Jauh dari orang ramai. Kecuali Amanda yang sedang menggulung payung terjun mereka.

“Yeah,”wajahnya memerah sedikit apabila mengaku namanya sendiri.

“We’ve met before,”Lilika tersenyum.

“I see,”mereka berjalan ke hadapan lagi.

“I asked you just now, what are you doing here?”

“I...ummm...”Tom teragak-agak hendak memberitahu. “...just came here,”

“Just came here?”

“I came with the band,”Lilika mengangguk-angguk. “So...Lily,”Lilika menoleh laju. Matanya memicing menatap Tom. “What?”

“You asked me if we ever meet before, and then you knew my name,”Lilika menggigit bibir bawahnya, apabila ternampak wajah Tom agak merah daripada tadi. “Isn’t that strange?”

“Yeah,”Tom tergelak. Menyembunyikan perasaannya yang sebenar. “Okay...”dia mengangkat kedua tangannya ke udara. “I surrendered, I came here,”Lilika perasan Tom cuba mendekatkan diri dengannya. “For you,”

“I’m flattered.”Lilika tersenyum, memberikannya pada Tom dengan niat yang sangat nakal sekali. Tom melarikan anak matanya ke tempat lain, enggan bertemu dengan anak mata Lilika. “Why?”

“Isn’t it obvious?”Tom berkalih semula, melihat Lilika tersengih pula. Tangannya memegang topi keledar yang dipakainya, sementara mereka berjalan mendekati sekumpulan orang yang berada kira-kira 100 meter daripada mereka. Lilika dapat nampak Amin. Tetapi, masih lagi tiada Sadeeki.

“Pakcik Amin!!!”jerit Lilika. Gembira dapat melihat Amin sekali lagi. Amin mendepakan tangannya, menyambut kedatangan Lilika semula ke tanah. Lilika memandang Tom, tersengih, sebelum dia berlari ke arah Amin. Tom ditinggalkan di belakang. Lilika mendakap Amin, seringkas mungkin tetapi amat bermakna buat Lilika. Lilika siap memberikan high-five kepada Amin, dan Amin dengan gayanya melayan sahaja telatah Lilika. “Mana Sadeeki?”dia teringat semula dengan Sadeeki.

“Dia tak terjun pun,”

Lilika menjerit.

“APA?”Amin tergelak kecil, dan beberapa kakitangan yang dicam oleh Lilika turut ketawa bersama. “Dia tak terjun?”Amin menggelengkan kepala. “Kenapa? Saya ingatkan dia terjun, tapi dia naik atas sama saya,”

“Dia pengawal peribadi awak, itu tugas dia untuk ikut kamu ke mana-mana,”Amin memberitahu. Lilika terasa telinganya berdesing, dia mahu marah, tetapi dalam masa yang sama dia mahu ketawa dengan sangat kuat, supaya dia dapat melepaskan apa yang disimpannya di dalam dada. Dia ditipu hidup-hidup!

Habislah Sadeeki lepas ni!! Jaga dia!

Kapal terbang kecil yang digunakan mereka tadi mendarat. Lilika memandang ke arahnya, dan dia dapat melihat Sadeeki keluar dari kapal terbang itu. Selamat.

“SADEEKI!!!!”Lilika berlari ke arah Sadeeki. Sadeeki yang dapat melihat Lilika dari jauh cuba hendak melarikan diri, namun Lilika sudah mula mengejar. Mereka bermain kejar-kejar mengelilingi sebuah padang di situ, sehinggalah Sadeeki mengalah. Dia terduduk di atas tanah, dan Lilika yang dapat menangkapnya, menampar-nampar belakang bahu Sadeeki. “Awak tipu saya! Awak tipu saya!!”

“Saya bodyguard awak, saya tak boleh terjun!!”Sadeeki menjelaskan dalam gelak tawanya. Dia meletakkan kedua-dua tangannya di atas kepalanya yang botak, mempertahankan diri. “Saya tak bagitau pun yang saya nak terjun betul-betul,”

“Yang penting, awak tipu saya, awak kata awak nak terjun dengan saya!”Lilika terduduk di sebelah Sadeeki. Sadeeki mengangkat kepalanya perlahan-lahan.

“Dah habis?”Lilika mencebik, dia menampar Sadeeki sekali lagi pada tangan kanannya. Dia terbaring di atas tanah.

“Hebat,”dia memuji langit di atasnya. “Subhanallah, semua apa yang berlaku kat atas tu memang ajaib, sangat ajaib,”

“Hmm..?”

“Awak tahu ada Tom kat sini?”Lilika bangun, matanya bulat kerana keterujaan yang dialaminya sekarang.

“Tom?”

“Tom Kaulitz,”Lilika tersengih lebar. Sadeeki menoleh beberapa orang yang berkumpul tidak jauh dari mereka.

“Dia yang sambut saya bila saya mendarat,”

“Oh,”

“Jangan bagi ‘oh’ je, bagilah respons okey sikit, saya takutlah nak cakap dengan dia, saya rasa malu pun ada,”

“Sebab tu awak datang sini, nak pukul saya?”

“Tak,”Lilika mencebik lagi. “Saya geram awak tak terjun dengan saya, patutlah saya tak nampak awak kat atas sana, kalau awak terjun sekali kan, best?”

“Saya tak boleh terjun, Tuan Ayden takkan bagi,”

“Dia tak nampak apa yang awak buat,”

“Awak tak kenal dia,”

“Jadi, perkenalkan dia pada saya,”Sadeeki tidak menjawab. Dia bangun, dan membantu Lilika untuk berdiri sekali. “Perkenalkan dia pada saya,”Sadeeki hanya mendiamkan diri. Lilika sudah sedia maklum jika permintaannya berkaitan dengan Tuan Ayden. Dia sentiasa kecewa. “Sadeeki,”

“Amin dah tunggu kat sana, dengan Tom awak,”Sadeeki mengajak. Jantung Lilika melompat kembali. Mendengar nama Tom merupakan satu anjakan padanya. Dia teringat kembali kata-kata Tom tadi.

Benarkah dia datang sini kerananya? Bagaimana dia boleh tahu yang dia berada di sini?

Mata Lilika bersinar-sinar semula apabila dia terlihat kelibat Tom. Tom berada bersama rakan-rakannya, Gustav dan Georg, mereka sedang bergelak ketawa tentang sesuatu. Dia memerhati dari jauh, memandangkan rombongan Tom berada bersama-sama satu kawasan bersama kumpulan penerjunnya. Tetapi, dia tidak dapat mencari siapa sebenarnya yang hendak melakukan skydiving. Bill nampak letih, kerana dia asyik duduk sahaja di atas jalan, di sebelah seorang kakitangannya. Bill yang tidak memakai mekap agak pucat, dan dia nampak penat. Tom pula nampak biasa, masih lagi berbual.

“Taknak tegur dia?”suara Amin mengejutkannya. Lilika menoleh.

“Nampak sangatlah,”Lilika menoleh, hanya dikejutkan dengan senyuman nakal Amin dan Sadeeki.

“Pergilah,”

“Taknak,”Lilika membalas, jantungnya berdegup pantas. Dia tidak akan tahu apa yang hendak dibicarakan nanti jika dia pergi menegur Tom dahulu. Dia mati akal di hadapan lelaki itu, dan dia akan menjadi kecil-sekecilnya, lebih kecil daripada saiz badannya yang sebenar. “Awak tau kenapa dia ada kat sini?”

“Saya tak tahu,”kedua-dua mereka menjawab serentak.

“Tipu,”

“Tak tahulah,”kedua-dua mereka cuba mengelak. Lilika tahu mereka tahu sesuatu, dan mereka menyembunyikannya,

“TIPU!!”Lilika menjerit dengan lebih kuat. Sadeeki dan Amin berpaling ke tempat lain. “Baik awak dua orang cakap,”

“It’s hard to find a young cute girl hanging out here,”suara di belakangnya membuatkan Lilika terlompat. Dia menoleh. Tom! “Right?”tanyanya. Lilika menjungkit bahu.

“I don’t know,”Lilika menyatukan kedua-dua tapak tangannya bersama. Cuba untuk nampak comel. Pelan pertama. “I guess, I’ll never know,”

“You’re pretty sure yourself,”Lilika mengangguk. Okey. Kepalanya agak pening dengan kegembiraan dan debaran di dalam dadanya sedang membunuhnya. Dia sangat kacak apabila dipandang dalam jarak dekat begini! Dalam jasadnya yang sebenar, bukannya apa yang dilihatnya di dalam layar kaca.

“I guess, I’ll be going,”Lilika mengerling pada Sadeeki dan Amin yang bergerak agak jauh daripadanya. Dia takut ditinggalkan. Dia takut keseorangan. Biarpun ditinggalkan dengan lelaki paling diidamkannya di muka bumi. Dia masih mahukan seseorang yang lebih dikenalinya. “See you later,”dia menampar Tom di belakangnya. Tidak sedar yang tangannya mengenai punggung Tom. Dia terlopong apabila menyedarinya, begitu juga Tom. Dia menyedari yang wajah Tom merah menyala. “Oops, sorry,”Tom tidak bercakap apa-apa. Matanya hanya menatap Lilika pergi.

 

“Teruklah,”Lilika memegang dahinya sambil dia merangkak masuk ke dalam kereta. Amin yang sudah bersedia di dalam itu mengerutkan kening.

“Kenapa?”Lilika membulatkan matanya. Dia telah menutup pintu, hawa di dalam kereta itu sangat nyaman tetapi tidak cukup untuk membuatkan Lilika berasa selesa.

“Saya tampar punggung Tom,”

“Tom?”Amin agak pelik.

“Tom Kaulitz, mesti dia ingat saya gatal sekarang,”Lilika menggelengkan kepalanya.

“Takpalah, dia memang gatal pun,”Sadeeki mencelah.

“Tak lawak, Sadeeki,”dia menyilangkan lengannya di dada. Sadeeki mendiamkan diri selepas dipangkah Lilika. Mereka bertiga terdiam buat beberapa ketika. “Ok, sorry,”Lilika menyandarkan tubuhnya pada sofa kereta. “Saya tak patut marah tentang perkara macam tu, saya rasa saya ada PMS,”

Amin tergelak.

“PMS buat saya pening kepala, dan gatal,”Lilika tergelak dengan apa yang keluar dari mulutnya. Satu pengakuan. Di hadapan dua orang lelaki, sedangkan sebenarnya selama ini dia tidak pernah membicarakan hal-hal keperempuanan begini di hadapan lelaki. Tetapi, dengan mereka, dia rasa selesa.

“Tom handsome, jadi boleh dimaafkan,”Amin menekan-nekan butang di BlackBerrynya.  Dia menumpukan perhatian pada Lilika walaupun kepalanya tertunduk. “Apa salahnya awak menggatal dengan dia, bukan ke semua lelaki suka kalau ada orang nak menggatal dengan dia?”

“Pakcik pun?”tanya Lilika, Amin mengangkat kepala. Dia mendongak sebentar.

“Saya dah lupa, dah lama tak mengorat orang,” Sadeeki dan Lilika ketawa. Amin tersengih. Wajahnya memerah.

“Pakcik patut dah kahwin,”

“Dah,”Amin mengangguk-angguk. “Tapi, isteri saya dah lama pergi,”Lilika menekup mulutnya.

“Maaflah, saya tak tahu,”Amin menggelengkan kepalanya. Dia meletakkan tangannya di atas bahu Lilika, memberi kepastian yang dia tidak tersentuh dengan kata-kata Lilika. Wajahnya tenang sahaja.

“Sebab tulah saya kerja ni, saya nak cuba sibukkan diri, saya akan sentiasa ingat dia, tetapi bukan dengan cara mengundur diri dalam kepompong rumah kami,”ujar Amin, membuatkan mata Lilika terasa berair. “Saya sayangkan dia lebih dari segala-galanya, semuanya indah kalau dia ada di sisi saya,”

“Namanya?”

“Mira, itu nama yang saya panggil, nama sebenar dia, Elmira,”Amin tersenyum, pada memori yang masih melekat kuat di dalam kepalanya. Dia memandang hadapan, matanya berkaca-kaca seolah-olah dia akan menangis selepas itu, namun dia tabah. Mata tuanya berkedip-kedip, mengingati kisah lalunya. “Dia pergi sebab kanser,”

“Pakcik dah memang kerja dengan Tuan Ayden sebelum isteri pakcik meninggal?”dia mengangguk. “Memang dah lama, sebelum Tuan Ayden ambil alih,”

“Saya butler Tuan Ayden di rumah, bekerja hanya untuk dia, sampailah dia ambil alih perniagaan datuk dia,”Amin menjelaskan.

Tiba-tiba BlackBerry Lilika yang berada di dalam beg galasnya berbunyi. Dia mengambilnya. Mesej daripada Tuan Ayden. Dia memandang Amin.

“Panjang umur dia,”bisiknya. Amin tersengih, memandang BlackBerrynya semula.

 

‘Lelaki tu. Tom?’

 

Lilika mengerutkan kening.

 

‘Yang tadi?’

 

‘Ya,’

 

‘Ya. Nama dia Tom. Itulah.’

 

‘Dia tak terjun pun tadi. Hanya datang ke situ.’

 

‘Mana awak tahu yang Tom ada kat sana tadi. Awak ada kat sana?’

 

Tuan Ayden tidak membalas. Lama Lilika menunggu. Lebih kurang sepuluh minit. Lilika tidak boleh berdiam diri. Dia mengambil BlackBerrynya, menaip satu mesej lagi.

 

‘Awak ada kat sana, kan? Kenapa awak tak beritahu saya?’

 

Dalam keadaan PMS ini, Lilika terasa cepat meradang. Dia mencampakkan BlackBerry itu ke sebelahnya, dan dia memeluk tubuh.

“Dia ada kat sana,”Lilika menggumam, namun cukup kuat untuk didengari oleh Sadeeki dan Amin. “Dia ada kat sana, dan awak dua orang tak beritahu saya,”

“Siapa, Tuan Ayden?”

“Tak payah cakap pun dah tahu, siapa lagi?”Lilika menghadiahkan pandangan tajam kepada dua orang lelaki yang berada satu kereta dengannya. “Dia ada di situ, dan saya tak perasan pun,”

BlackBerrynya berbunyi. Lilika mengambilnya dengan pantas.

 

‘Awak tak payah tahu pun sama ada saya ada kat sana atau tak. Saya hanya nak perhatikan awak.’

 

Lilika menggigit bibir.

 

‘Tapi, saya nak jumpa awak, saya rasa saya patut tahu kalau awak ada di mana-mana berdekatan saya.’

 

‘Saya yang akan buat keputusan di sini sama ada saya mahu jumpa dengan awak atau tak.’

 

Lilika tergamam dengan mesej itu. Dia menelan liur berulang kali, tidak menyangka yang nada Tuan Ayden akan menjadi agak lain. Mesej itu seperti marah dengannya. Adakah dia bertindak luar kawalan? Adakah dia telah membuatkan Tuan Ayden marah?

Dia berpandangan dengan Amin, tangannya meletakkan semula BlackBerry itu ke dalam begnya. Wajahnya berubah pucat, mengenangkan yang dia terlepas cakap. Dia tidak sepatutnya memberi mesej bukan-bukan, kerana dia tahu bukan dia yang membuat keputusan di dalam komuniti mereka berempat. Hanya Tuan Ayden. Tuan Ayden yang membuat keputusan, tidak kiralah sama ada keputusan itu baik untuk semua orang atau tidak.

Perutnya terasa tidak selesa. Dia mengangkat lututnya naik ke atas kusyen, dan dia memeluk lututnya sendiri. Dia menyembamkan wajahnya ke lutut. Dalam hatinya, mengutuk diri sendiri kerana terlalu lalai, dia terlupa diri sebentar. Tetapi, apa yang dimahukannya hanyalah untuk menemui Tuan Ayden. Sekali pun tidak apa. Itu sahaja yang diperlukannya, tetapi rasanya dia telah melampaui batas, dia telah mendapat lebih dari yang sepatutnya.

“Little one?”Lilika menjawab dengan ‘hmm’ sahaja. “Kenapa?”

“Saya rasa saya kena marah, dengan Tuan Ayden,”Lilika tidak mengangkat mukanya dari lutut. “Saya rasa saya dah buat dia marah,”

“Takda apalah, Lily, cuma jangan buat dia marah lagi, lepas ni dia akan okey,”suara Amin lembut sahaja. “Kamu tak kenal dia, sebab tulah kamu rasa dia marah, dia cuma tegas je, jangan minta lebih-lebih dengan dia, apa yang dia bagi kat kamu, patut kamu dah bersyukur,”

“Saya cuma nak jumpa dengan dia,”

“Kamu akan jumpa dengan dia satu hari nanti, sabarlah,”Amin memberikan jaminan. Lilika mendiamkan diri.

“Em...saya fahamlah..terima kasih, pakcik,”

“Eh, tengok kat belakang?”suasana tegang itu dihancurkan oleh Sadeeki. Lilika dan Amin menoleh ke belakang, melihat ada sebuah bas besar di belakang mereka.

“Siapa tu? Awak kenal ke, Sadeeki?”Lilika mengecilkan anak matanya, cuba membaca perkataan yang terlekat di bas di belakang.

“Tokio Hotel, bas rombongan mereka,”Sadeeki memberitahu. Lilika terlopong. Dia melihat dengan lebih teliti lagi.

“Mana awak tahu?”

“Saya nampak mereka datang dengan bas tu,”

“Kenapa tak nampak polis ke apa ke?”

“Awak percaya dengan apa yang awak nampak dalam Internet?”tanya Sadeeki.

“Kenapa pulak?”

“Bas rombongan yang ada Tokio Hotel ada satu je, dan mereka tak pakai polis pun,”Sadeeki menerangkan. Lilika mengerutkan kening. “Saya tanya kakitangan mereka tadi, bila awak tengah sembang dengan Tom,”

“Awak tanya diorang nak ke mana?”Sadeeki tidak menjawab. “Sadeeki,”

“Mereka kan nak buat jelajah Eropah, jadi, awak taulah mana mereka nak pergi,”

“Dan kita ada kat depan bas diorang. Syoknya!!!”Lilika menjadi teruja kembali. Terbayang-bayang wajah Tom di hadapan matanya.

“Eh, tadi bukan ke awak takut nak jumpa dengan dia?”Sadeeki menyakat. Lilika muncung. “Awak kata awak takut dengan dia,”

“Dah tak dah sekarang, sebab ada awak berdua!”Lilika memerhatikan bahagian belakang mereka. Bas itu masih berada di situ, bergerak dalam satu jalan dengan mereka. Tidak membuat apa-apa usaha pun untuk memotong kereta mereka, walaupun Sadeeki memandu perlahan hari itu. “Hei, tapi, macam mana sebenarnya saya nak ngorat dia? Tadi, saya rasa macam saya tak layan dia sangat, dia datang kat saya, tiba-tiba senang-senang je saya berlari kat pakcik Amin, saya pun tak sedar yang kaki saya berlari,”

“Awak lagi sayang kami dari dia, kot?”

“Saya tak kenal dia, saya kenal awak berdua,”Lilika memberikan alasan, walaupun wajahnya sudah memerah. “Kan?”

“Apa salahnya awak kenal dengan orang baru? Saya rasa dia berminat dengan awak, lagi-lagi lepas awak pukul punggung dia!”Sadeeki dan Amin ketawa bersama.

“Saya tak sengaja, saya nak pukul belakang dia, siapa suruh dia tinggi sangat?”

“Dia tinggi ke, awak yang rendah?”

“Saya sederhana, dia yang tinggi,”Lilika tidak mahu mengalah dengan dua orang lelaki yang lebih tinggi daripadanya itu.

“Apa salahnya kamu cuba?”Amin menyokong cadangan Sadeeki tadi. Lilika bersandar ke kusyen. Memandang Sadeeki dan Amin bergilir-gilir.

“Alang-alang,”

 

Mereka berhenti di sebuah restoran, untuk makan. Seperti biasa, Lilika akan keluar, mendapatkan Amin, dan Sadeeki akan menyertai mereka selepas itu, selepas dia pergi memarkir kereta di tempat yang sepatutnya.

“Salad,”ujar Lilika, seperti biasa. Dia hanya makan salad atau makanan vegetarian sepanjang berada dalam perjalanan itu. Dia takut hendak makan sebarang daging. Jika boleh pun, dia akan memastikan apa yang dimakannya adalah halal. Tetapi, agak sukar kerana restoran yang menyediakan makanan halal sukar ditemui. Jika dia teringin sangat pun, dia akan memakan ikan. Tetapi, Lilika bukan peminat ikan sejati.

“Here you are,”pelayan itu memberikan salad yang dipesan Lilika. Lilika mengucapkan terima kasih, dan mengambil garpu yang disediakan bersama. Amin memesan sama sepertinya, cuma ada lebih tomato kerana dia sukakan sayuran berwarna merah itu.

Sadeeki masuk ke dalam restoran. Matanya tercari-cari, dan terjumpa Lilika dan Amin berada di hujung sekali. Dia memesan makanan terus di meja pelayan, dan terus mendapatkan tempatnya di sebelah Amin. Menghadap Lilika yang sedang bermain dengan makanannya.

“Kenapa?”Sadeeki membuka botol Coca-Cola yang diambilnya dari dalam peti ais.

“Rasa-rasanya rombongan diorang tu berhenti tak kat restoran tepi jalan macam ni?”

“Entahlah, awak rasa?”Sadeeki menyoal Amin. Amin menjungkit bahu. “Dia akan berhenti, kalau dia nak jumpa awak.”

“Awak jangan buat lawak, Sadeeki, dia takkan berhenti kat sini,”tiba-tiba pintu ditolak dari luar, dan beberapa orang masuk ke dalam restoran itu. Apa yang mengejutkan ialah, dia mengenali mereka.

Dia nampak Tom.

Lilika menelan liur. Sadeeki menoleh ke belakang, Amin pun, melihat apa yang dilihat Lilika. Mereka memandang hadapan semula, tersengih.

“Tengoklah, hero awak dah datang,”Sadeeki memang kuat menyakat. Lilika menundukkan kepalanya, mahu menyembunyikan wajahnya dari dilihat Tom. Dia masih malu dengan kejadian tadi, tidak menyangka yang dia akan bertemu lagi di sini. Walaupun mereka berpakaian biasa, dan tidak nampak begitu ketara sekali, seperti ketika mereka di atas pentas, tetapi, Lilika dapat mengecam mereka dengan pakaian yang dipakai Tom ketika mereka bertemu di lapangan terbang lama tadi. Tom memakai topi berwarna merah, dan baju berkotak-kotak, Lilika pernah nampak Tom memakainya dari Internet, dan terus-terang, dia tidak sukakan baju itu.

“Sadeeki, jangan bergerak, dia akan nampak saya!!”Lilika menampar tangan Sadeeki yang sengaja menggerak-gerakkan kepalanya, memperlihatkan di mana Lilika berada.

“Awak kata kalau ada kami, takpa, lagipun kami ada kat sini, dia takkan buat apa-apa,”Sadeeki mengenyitkan sebelah matanya. Amin tersenyum simpul. Lilika menunduk, memandang salad yang masih belum dimakannya. “Makanlah,”Sadeeki menolak pinggan salad Lilika. Lilika meletakkan garpu. Tidak berselera.

Dia mendengar bunyi beberapa pinggan berlaga di sebelah meja mereka. Dia menoleh. Ahli-ahli Tokio Hotel sedang mengambil tempat di situ. Lilika terasa jantungnya terjatuh dari tempatnya, masuk ke dalam perut. Gustav dan Georg berada pada satu kerusi panjang yang sama, dan Tom dan Bill berada di hadapan mereka. Sama posisi dengan Amin dan Sadeeki sekarang.

Tom mengangkat kepala. Matanya bertembung dengan Lilika. Dia tersenyum. Senyuman yang telah membuatkan jutaan gadis terjatuh. Begitu juga Lilika. Dia tertunduk semula, tidak memerhatikan yang wajahnya memerah.

Lilika meneguk air soda yang dibelikan Amin padanya. Dia terasa tekaknya agak kelat, sukar hendak menelan apabila dia dapat merasakan mata Tom melekat padanya. Dia cuba untuk bertenang, tetapi dia dapat melihat tangannya menggeletar apabila mahu memakan salad di hadapannya. Dia akhirnya meletakkan garpu itu semula, dan terus meminum air soda itu sehingga perutnya kembung.

“Apa saya nak buat sekarang?”dia mengambil anggur dan memasukkannya ke dalam mulut. Mengunyahnya perlahan-lahan, seboleh-bolehnya dia tidak mahu mengunyah pun tetapi dia lapar. Dia perlu memakan sesuatu.

“Bertenang, Lily, dia tak buat apa-apa,”

“Awak jangan lari pulak!”Lilika memberi amaran awal. Sadeeki dan Amin tergelak.

“Tapi, hei, apa kata awak ngorat dia sekarang, bagi dia makan apa-apa ke? Bagi dia terkejut yang awak sebenarnya nak kejar dia, bukannya dia nak kejar awak,”

“Jangan, saya takut nak bercakap dengan dia, apatah lagi nak buat benda-benda macam tu,”

“Lily, jomlah, saya ajar awak!”Sadeeki nampak gembira. Matanya bercahaya-cahaya. Lilika menggelengkan kepala.

“Jangan, saya...”tiba-tiba sahaja Sadeeki menjatuhkan beg galas Lilika yang berada di atas ribanya  ke atas lantai. Lilika terlopong. “Awak...!!!”dia baru sahaja mahu menunduk, apabila dia terlihat ada tangan yang terlebih dahulu mencapai begnya. “Oh,”matanya bertembung lagi dengan Tom. Tom menghulurkan beg galasnya pada Lilika. “Thank you,”

“Pleasure,”Tom tersengih, Lilika menunduk. Dia duduk semula di tempatnya. Memandang Sadeeki yang tidak henti-henti menyakat dengan senyuman nakalnya.

“Pergilah ngorat dia,”

“Taknak,”

“Awak ajaklah dia keluar makan ke?”

“Taknak,” Lilika menolak sekali lagi. Namun, dia masih tersenyum, wajahnya masih merah, dan dia positif dengan fakta yang Tom sedang memandangnya. Mungkin dia masih teringat tentang pukulan punggung itu. Lilika memegang belakang kepalanya. Malulah pulak!

“Apa kata awak jeling dia, macam selalu awak buat kat orang lain?”

“Taknaklah, nanti dia kata apa pula,”

“Awak cakaplah awak nak flirting dengan dia,”Lilika tergelak kecil. Dia menggelengkan kepala.

“Taknak,”Sadeeki sudah mengagak. Tetapi, dia tidak memaksa pula. Dia bersandar semula, mengambil sedikit wafel yang dibelinya tadi. Dia memesan dua wafel, dan setiap satunya bersaiz ekstra besar, Lilika hairan bagaimana Sadeeki akan menghabiskannya, tetapi sekarang dia hanya dapat melihat hanya ada cebisan kecil di dalam pinggannya. Amin pula masih sibuk dengan urusan jarak jauhnya, tidak banyak menyentuh makanannya juga. Patutlah Amin kurus sangat, nampak tulang tangannya tersembul, dan jika diperhatikan dia boleh nampak tulang pipi Amin yang agak ketara dari jarak dekat. “Makanlah sikit, pakcik,”Lilika menghulurkan beberapa hiris tomato yang berada di dalam pinggannya, dicucuk dengan garpu.

“Dia tak suka makan,”Sadeeki meletakkan garpu dan pisau ke atas meja. Dia sudah habis memakan semua yang ada di atas pinggannya. Lilika tidak berkata apa-apa.

“Saya tak rasa nak makan jugaklah,”Lilika menolak pinggannya ke hadapan. Amin meletakkan BlackBerrynya ke atas meja apabila mendengar pinggan Lilika dan Sadeeki berlaga. “Pakcik tak makan,”

“Saya akan makan lepas ni,”Lilika mengambil BlackBerry Amin, dan menolak pinggan saladnya ke hadapan Amin. Amin menunduk.

“Makanlah, pakcik,”Lilika agak mengambil berat. Amin tidak menyentuh makanannya langsung, walaupun dia lebih awal memesan makanan daripada Lilika. Amin mengeluh kecil, dia mengambil garpu dan mencucuk strawberi yang dilumurkan dengan sos lemon. Dia memasukkannya ke dalam mulut, mengunyahnya sambil matanya terarah pada Lilika. Lilika tersenyum. Dia mengambil strawberi yang berada di dalam pinggannya dan memakannya. Menelannya, sehingga dia tersenyum semula.

“Saya akan makan, saya hanya nak siapkan kerja saya,”

“Kita boleh buat dalam kereta,”

“Setiap masa dia akan guna benda tu dalam kereta, Lily,”Sadeeki menyampuk. Lilika mencebik. Dia meletakkan semula BlackBerry itu ke atas meja. Amin mengambilnya. Memasukkannya ke dalam poket.

“Saya dah taknak makan,”Lilika menggelengkan kepala. Memang tidak berselera hendak makan. Dia mahu pulang ke hotel dengan cepat. Mahu bertemu dengan katilnya, dia mahu berehat.

“Hey,”Lilika menoleh ke meja sebelah. Ternampak Bill sedang memanggilnya. Lilika tersenyum. “Do you skydived?”tanyanya. Lilika tergamam, tidak tahu bagaimana mahu memberikan respons.

“I just... I just did just now,”

“I know, are you a pro?”Lilika menggelengkan kepala. Bill berganjak ke tepi sedikit. Memberikan ruang kosong, sebelum dia menepuk-nepuk sedikit ruang kosong di sebelahnya. “Come sit here, tell me about it?”

“Skydiving?”Lilika hampir tidak percaya. Dia tergelak pada diri sendiri. Dia pun tidak tahu apa-apa tentangnya, dia baru melakukannya sekali.

“Come, tell me,”Bill beriya-iya mengajaknya. Lilika memandang Sadeeki.

“Pergilah,”ujar Amin, memberikan kebenaran. Lilika bangun dari tempat duduknya, mengambil tempat di sebelah Bill. Dia berada di hadapan Gustav dan Georg sekarang. Mereka berdua tersenyum padanya. Manis. Hati Lilika berdebar-debar, pertama kali berada keseorangan bersama empat orang jejaka sekali. Bukan sebarang jejaka. Jejaka kacak dan terkenal.

“Tell me everything,”Bill di sebelahnya tidak sabar mendengar. “Lily, right? I eventually heard that name came out from my brother thousand times,”Bill mengambil keropok kentang di dalam pinggan di atas meja itu, dan mengunyahnya. “Like thousand times,”

Lilika mendengar suara Tom menggumam, menyuruh Bill tidak memberitahu apa-apa tentang dirinya.

“Like a million times, but he never admits it, for sure,”

“He lied,”Tom memangkas. Suaranya lebih garau dan dalam. Bill menggeleng.

“I never lied,”Gustav dan Georg ketawa. Lilika mengeras di sebelah Bill. Tidak tahu bagaimana hendak memulakan kisahnya. Masih terperangkap dalam dunianya.

“So..is it really fun?”Georg bertanya. Lilika mengangguk.

“It was nice to be up there, you can see a whole lot better, the world is soo tiny, and you just like...i don’t know, it is indescribable,”Lilika mula bercerita. Bill menawarkannya Coke  namun Lilika menolak lembut. “You jumped, and then it was like hanging on something, just like some thread, but you know, no body is holding you actually,”Lilika menelan liur. “There’s Amanda, my diver, and she held me so we jumped together, so that it won’t be that hard for the first timers,”

“Do you wanna do it again?”

“Yes, I would love to, but I don’t think it will be sooner,”

“I would like to do that, but Tom won’t,”Bill mencebik, memandang abang kembarnya yang tidak menghiraukan perbualan mereka. Dia berpura-pura sibuk dengan spageti yang dipesannya. “I can’t jump without him, I want to do it with him,”

“Stop accusing me for your height phobia,”Tom memangkah. Lilika tergelak kecil. Tom tersengih.

“I want to do it,”Bill mengulangnya sekali lagi. Lilika memandangnya. Mekap yang dipakainya agak nipis berbanding selalu. Tadi, dia ingatkan Bill tidak memakai apa-apa mekap kerana dia nampak pucat dari jauh. “Do you have advice?”sekali lagi Lilika ketawa. Georg dan Gustav nampak menyenangi tawanya itu, kerana mereka ketawa sekali. Lilika menjungkit bahu.

“I don’t know, you jumped, and then you are all set on the ground, nothing much,”

“But looking you landed was wicked,”

“Yeah, I know, thanks,”muka Lilika agak memerah.

“Does it hurt?”tanya Gustav, dia terkenal dengan sikap pendiamnya, tetapi rasanya dia tidaklah pendiam sangat jika dikenali rapat. Dia hanya suka mendiamkan diri di hadapan kamera.

“No, I don’t know, but....no,”Lilika menggelengkan kepala. Gustav menghirup Coke yang ada di dalam gelasnya. Memerhatikannya. Georg memesan spageti, sama seperti Tom, tetapi rasanya apa yang diletakkan di atasnya berlainan daripada sahabatnya itu. “It doesn’t hurt,”

“You mean, when you landed, it doesn’t hurt,”Bill berkata. Lilika menggaru kepala.

“I don’t know, I can’t quite tell, it certainly hurt, my leg, but despite it, all of it was great, I love to do it,”

“Look , Tom, nothing hurts,”

“No,”Tom menggelengkan kepalanya. Enggan menurut apa yang diminta oleh Bill. Dia tidak akan terjun.

“It’s okay,”Lilika menggenggam kedua-dua tangannya bersama. “It’s okay when your brother doesn’t want to do it for you, I have dealt with it before, but of course not with my brother,”

“Who?”

“I live in a house full of kids, so I don’t need to push them, we use reverse psychology, it had always worked,”

“Reverse psychology?”Georg, Gustav dan Bill mengulang perkataan itu.

“Yeah, reverse psychology, when someone told you not to do something, you felt curious, and then you committed it, you like to do something dangerous because everyone warned you with it, you want to do it, it’s in the human nature to break away,to break the rules to be precise,”

“What do we do with my brother?”

“Don’t start, please don’t start,”Tom menyampuk, memberikan isyarat mata kepada Lilika untuk berhenti memperkatakan tentang soal itu. Namun Bill mahu tahu. Matanya bercahaya-cahaya.

“It’s simple, just...”Lilika menelan liur. Pandangan mata Tom tertumpah sepenuhnya padanya. “Just....leave him alone,”Bill mendengus.

“No, I’ve done that, please tell me there’s another way,”

“I don’t know,”Lilika mengangkat bahu. Bill menoleh ke arah Tom.

“You won’t let her spill the bean, won’t you?”suara Bill kedengaran seperti ugutan, namun Tom berwajah biasa. Dia menggelengkan kepala. “Tom, you know this is crucial for me,”

“But, not me, definitely,”Bill muncung. Tom meneguk Cokenya yang berada di atas meja. Lilika tersenyum sendiri, terhibur dengan telatah dua beradik kembar itu. Tom nampak biasa sahaja dengan mukanya yang selamba, seolah-olah dia tidak peduli langsung dengan adik kembarnya itu. Apa yang dimahukannya atau apa yang tidak. Jika Tom berkata tidak, maka adiknya tidak boleh berbuat apa-apa.

“But,”Lilika perasan yang Sadeeki dan Amin bergerak-gerak di tempat mereka. Mungkin mereka memberikan isyarat yang mereka sudah mahu beredar. “I’m sorry, but I wish I can stay, but you know.”Lilika mengunjukkan pada Sadeeki dan Amin yang sedang memandang ke arah mereka berempat sekarang. Ketara sekali memberikan isyarat kepada Lilika untuk mengangkat punggung sekarang.

“Wait, Lily,”Bill menyapanya lagi, apabila Lilika sudah bangun berdiri. “Can I have your phone number?”

“What?”Lilika tidak dapat menghalang wajahnya daripada memerah lagi.

“You know, I like you a lot, maybe we can hang out again,”

“Yeah, sure, we also love to.”Georg menambah. Lilika tersengih, dia mengerling pada Tom untuk sebarang reaksi, namun gagal menjumpainya. Dia menjerit di dalam hati.

Tom, pandang aku! Aku dah nak balik dah ni! Kenapa adik kau pulak layan aku sedangkan aku nak kat kau?!

Tetapi, dia hanya tersenyum pada Bill. Dia mengambil pen yang berada di atas meja(tidak tahulah siapa punya), dan menulis nombor telefonnya ke atas sehelai tisu yang agak tebal. Dia menghulurkannya pada Bill. Bill mengambilnya, dan terus menyimpannya ke dalam poket jaket yang dipakainya. Lilika tidak menunggu lama, dia sudah nampak Sadeeki dan Amin berjalan keluar dari restoran. Dia kena cepat, dia tidak mahu mereka menunggu lama.

Dia menolak pintu restoran. Sekali lagi, dia memandang belakang. Melihat Bill, Georg dan Gustav bergurau senda, sambil melambaikan tangan padanya. Lilika membalas, tetapi dia tidak dapat mengelakkan matanya dari memandang Tom. Tom berpaling, tanpa secalit senyuman langsung pada bibirnya.

Lilika menggigit bibir. Dia berjalan keluar, dalam keadaan perutnya agak tegang kerana Tom tadi.

Comments

Comments are moderated. Keep it cool. Critical is fine, but if you're rude to one another (or to us), we'll delete your stuff. Have fun and thanks for joining the conversation!

You must be logged in to comment.

Angel110  on says:
Will you translate it?
I'm a big big fan of tokio hotel (since their debut!9 and I want to read it!

DiamondPop  on says:
Does this come in English?
I'm curious to read it

amusuk  on says about chapter 1:
Wow, it's a good writing!
I'm surprised at first when i read "the bucket list" bcz from what i know, it's a list of dreams of a dying person.
But, i can't wait to see Lilika on her journey! I'm curious!

Keep writing, dear author!

NB: Sorry, sy ga lancar cakap bhs melayu, jd sy pake english j, ok? *fail malay

Log in to view all comments and replies


^ Back to Top