Cool Thing

by ryalanidthoniel
Tags   originalcharacter   tokiohotel   bahasamelayu   | Report Content

A A A A

“Apa tadi kat dalam? Awak berdua mengaku yang awak kerja untuk saya sedangkan saya tak bayar awak sesen pun!”Lilika tidak dapat menahan diri daripada berleter di dalam limosin yang dipandu Sadeeki.

“Kami dapat arahan, Lily,”Amin kelihatan tenang sekali. Lilika memeluk tubuh. Tidak berpuas hati.

“Saya kawan awaklah, pakcik, Sadeeki!”Lilika memandang Amin, kerana Sadeeki memang sudah berada di hadapannya. “Saya...”

“Apa lagi yang kamu tak puas hati, Lily?”Amin tersenyum, giginya tersusun elok, bagi seorang lelaki tua berusia lebih 50 tahun. “Kami diberi arahan daripada Tuan Ayden untuk memberitahu sesiapa sahaja yang bertanya, kami adalah pengawal peribadi awak dan seorang butler, kami tak boleh ingkar apa yang Tuan Ayden cakap,”

“Dia bukannya tahu,”

“Ini tanggungjawab kami,”

“Kalau kawan, kenapa? Apa masalahnya dengan menjadi kawan saya?”

“Kami memang kawan Lily, tapi, kami tak boleh beritahu apa sebenarnya yang awak sedang lakukan,”

“Trip ni?”Amin mengangguk. Lilika terdiam.

“Semua ni, Tuan Ayden hanya mahu bantu kamu untuk capai impian yang kamu tulis, selepas saya mencadangkannya,”

“Tapi, apa masalahnya dengan menjadi kawan saya?”Lilika masih tidak berpuas hati. Dia terasa malu pula. Mempunyai pengawal peribadi dan butler sendiri, macam mana nanti bila ada orang bertanya dari mana dia mendapatkan wang untuk membayar mereka, bagaimana dia hendak menjawab. Kata, semuanya jatuh dari langit? Macam tu?

“Semuanya tak jatuh dari langit, Lily,”Lilika terkejut. Dia ‘ter’cakap kuat ke apa yang ada dalam kepala? “Tuan Ayden akan beritahu awak selepas ni,”

“Tapi, hey,”Sadeeki tiba-tiba menyampuk setelah beberapa lama dia diam membisu. “Itu ke Tom yang awak nak date?”Lilika terkebil-kebil. Wajahnya terasa panas tiba-tiba. Lebih panas daripada tadi. Dia memandang Amin. Amin tersengih padanya. “Tom Kaulitz?”

“Yelah tu,”Amin mengiyakan. Dia ada membaca tentangnya di dalam catatan Lilika. Dia tersenyum sendiri selepas Lilika mendiamkan diri. Tidak tahu hendak menjawab apa.

“Dia nampak gatal,”komen Sadeeki membuatkan Lilika tergelak besar. Amin pun.

“Memang dia macam tu, Sadeeki, saya suka orang macam tu, saya nak cuba nasib sama ada saya layak tak untuk orang yang jenis macam tu, lagipun dia muda lagi,”

“Kenapa kalau dia muda?”Amin bertanya.

“Hidup dia masih jauh, dia ada banyak benda lagi nak buat dalam hidup ni,”

“Macam awak,”Lilika terdiam tiba-tiba. Senyumannya mati.  Pandangannya tiba-tiba berubah redup.

“Ya,”dia memaksa dirinya tersenyum kembali. “Macam saya,”balasnya.

 

“Awak sukakan dia?”Tuan Ayden bertanya, suaranya perlahan tetapi penuh dengan tanda-tanda ingin tahu yang sangat kuat. Lilika menelan liur.

“Saya tak pernah sukakan orang lain macam saya sukakan dia.”Lilika duduk, lemah di atas sofa di sebelah katil. Dia baru sahaja sampai di hotel, dan pergi membersihkan tubuhnya selepas berpeluh selama sehari suntuk hari itu. Terasa lega sekali, dengan hanya jubah mandi hotel membaluti tubuhnya yang kecil. Panas dan selesa.

“Awak boleh sukakan orang dari Internet?”

“Ini selebriti, awak tak faham,”Lilika malas hendak melayan Tuan Ayden yang dirasakannya mahu bergurau dengannya pada malam itu. Dia sangat penat. Dia mahu tidur cepat. Hakikatnya, dia mahu melepaskan diri dari dunia yang sedang berputar di sekelilingnya sekarang. Dia mahu bersendiri.

“Saya jumpa dengan ramai selebriti sejak saya tinggal di jalan, lagipun saya jutawan, saya boleh jumpa siapa pun yang saya nak, sebab tulah saya nak berikan awak peluang yang sama macam saya, saya nak awak rasa apa yang saya rasa,”

“Kenapa awak nak buat semua ni?”

“Saya dah beritahu, saya nak awak rasa apa yang saya rasa sekarang,”

“Habis, kenapa awak tanya saya kenapa saya suka Tom Kaulitz?”

“Saja, tak boleh?”Lilika tergelak kecil. Tawanya yang pertama dalam tempoh sepuluh minit dia berbual bersama Tuan Ayden. “Awak betul-betul sukakan dia? Saya akan suruh...”

“Saya akan pikat dia dengan cara saya sendiri, terima kasih Tuan Ayden,”pangkas Lilika. Dia tidak mahu Tuan Ayden menghulurkan wang untuk dia dapat menambat hati Tom Kaulitz. “Saya....”Lilika menelan liur. “Saya...nak dia terima saya tanpa apa-apa syarat, kalau bolehlah,”Lilika tergelak lagi, bukan kerana rasa terhibur, tetapi takut dengan apa yang keluar dari mulutnya sendiri. Dia sedang merapu sekarang. “Tak...saya...mamai sekarang..saya cakap benda yang tak sepatutnya,”

“Saya faham, Lily,”

Diam.

“Saya suka apa yang awak sedang lakukan sekarang, Lily, saya sokong awak,”Lilika terharu. Sekurang-kurangnya ada seorang lagi yang memberi sokongan padanya untuk maju setapak ke hadapan. Selepas ini, dia akan mencari jalan untuk memikat selebriti lelaki itu.

“Em..tapi, Tuan Ayden, siapa sebenarnya yang beritahu benda ni kat awak? Saya tak serius sangat tentang benda ni sebenarnya,”Tuan Ayden ketawa. Cara dia ketawa berlainan daripada cara lelaki lain, tawanya sangat sopan, dan menyenangkan. Suaranya dikawal supaya dia tidak bercakap melebihi amplitud yang sepatutnya dan segala-galanya seolah-olah sempurna buat Lilika. Sejak kebelakangan ini, mendengar suara Tuan Ayden sahaja sudah boleh membuatkan gadis itu berfikir panjang dan tersenyum sendiri dengan ayat-ayat yang dituturkannya. Mungkinkah aku....

“Sadeeki, dia ada melapor sikit-sikit pada saya, awak kena hati-hati,”

Lilika menepuk dahinya.

 

  • Bertemu Tokio Hotel!!

 

Lilika mendongak. Memandang angkasaraya yang luas terbentang di atas kepalanya. Cuaca pada petang itu sangat elok, ada awan di atas langit Zurich, sebuah bandar besar di Switzerland, tempat di mana dia akan mencabar dirinya untuk membuat terjunan menggunakan payung terjun. Dia menggosokkan kedua-dua tapak tangannya bersama.

Dia memandang Sadeeki di sebelahnya. Kali ini dia akan melakukan aktiviti itu bersama Sadeeki. Sadeeki akan melompat juga. Dia berjaya memujuk Sadeeki untuk bersama-samanya di atas langit sana, selepas dia gagal mengajak Amin untuk turut serta. Sadeeki ada membaca-baca sesuatu, tidak tahulah doa apa yang dibacanya, kerana menurutnya, dia tidak pernah melakukan aktiviti ekstrem begini. Mujurlah mereka akan melakukan skydiving dengan cara tandem, iaitu mereka akan melakukan aktiviti itu bersama seorang penerjun profesional yang memang terlatih. Mereka akan memakai sebuah payung terjun bersama, jadi apa yang perlu Lilika lakukan sebenarnya hanyalah terjun, dan biarkan penerjun profesional itu melakukan tugasnya.

Mujurlah penerjun professional itu adalah seorang wanita, jadi rasa malu Lilika agak kurang, berbanding Sadeeki.

Penerjun yang akan bersama Sadeeki adalah sama besar dengannya. Sukar sekali mahu mencari penerjun yang bersaiz sama dengan Sadeeki, dan dia hampir tidak dibenarkan untuk menyertai aktiviti itu kerana berat badannya.

Tetapi, Lilika tahu sebab sebenarnya adalah dia terlihat garang pada semua  penerjun professional yang ada di situ.

Apa-apa ajalah.

Dia menggoyang-goyangkan kepalanya, rambutnya yang ikal itu bergerak-gerak ditiup angin yang sangat kuat pada waktu itu. Mungkin kerana mereka sedang berada di atas tanah lapang, jadi lebih mudah terkena pukulan angin secara terus.

Mereka sudah hampir sampai pada kapal terbang yang kecil. Berkali-kali lebih kecil daripada kapal terbang komersial yang selalu dinaiki mereka untuk ke sana-sini. Mereka hanya menaiki kereta yang dipandu Sadeeki untuk sampai dari Paris ke Zurich. Lilika hairan dengan kebolehan Sadeeki memandu di tanah asing. Tetapi, sebenarnya ada bantuan daripada GPS kereta yang dinaiki mereka.

“Bye, pakcik Amin!”tempik Lilika. Amin berada hanya dua meter di belakang mereka. Tetapi, dia tidak akan menaiki kapal terbang itu. Hanya dia dan Sadeeki.

“Jumpa kamu berdua di bawah ni,”

“Insya ALLAH kami akan turun dengan selamat,”balas Lilika, menghiasi bibirnya dengan senyuman. Amin tersenyum semula, sebelum dia mengeluarkan BlackBerry dari poketnya. Tetapi, dia tidak terus memandang BlackBerry itu, matanya masih tertancap pada mereka berdua yang sedang melangkah masuk ke dalam kapal terbang. Mata tuanya asyik memerhati.

Amin dan beberapa orang lain yang berada di luar kapal terbang mengundurkan diri ke belakang beberapa meter. Lima minit kemudian, kapal terbang kecil itu berlepas ke udara.

Amin menunduk, membaca mesej yang baru didapatinya.

 

“Hei,”Lilika duduk di sebelah Sadeeki, diapit oleh kedua-dua orang yang akan terjun bersama mereka. Seorang lelaki berambut perang cerah dan wanita yang akan menemani Lilika, namanya Amanda, berambut merah. “Takut?”tanyanya pada Sadeeki. Sadeeki tersenyum, menggeleng perlahan.

“Saya takut, gayat,”

“Takda apa-apa,”Sadeeki menggenggam kedua-dua tangannya sekali. “Tengok ni,”

“Apa awak nak buat?”Lilika mengerutkan kening. “Macam nak bertapa je,”

“Tak,”pangkas Sadeeki. Dia menyatukan kedua-dua tapak tangannya pula, menggosokkannya ke atas, ke bawah, kemudian, dia menepuk dadanya dengan kedua-dua tapak tangan. Mata Lilika membulat. Bunyinya kuat sekali.

“Wow,”terkebil-kebil Lilika memandang Sadeeki. Sadeeki tidak dapat menghalang dirinya dari tersengih selebar mungkin. “Tak sakit ke?”lelaki tinggi menggalah itu menggelengkan kepalanya. Hidungnya kembang-kempis. Bangga agaknya.

Lilika tergelak kecil selepas itu. Hidungnya pula terasa sukar sedikit hendak bernafas. Agaknya dia memang sudah sangat tinggi di udara sekarang. Dia berpusing, memandang tingkap di belakangnya. Bumi yang dipijaknya tadi nampak sangat jauh. Dia menelan liur.

“Wow, jauhnya,”

“We are to go 4000 metres above sea level,”Amanda di sebelahnya memecah gelembung sosial antara mereka. Lilika memandang Amanda yang sedang tersenyum. Dia berusia lebih kurang lewat 20-an mengikut wajahnya. Tetapi, Lilika tidak tahu umur sebenarnya.

“It was so high above,”

“ ‘course, you need the height to do the free fall,”Amanda mengenyitkan sebelah matanya, sekadar bermesra. Lilika mengangguk. Terasa dadanya semakin berdebar-debar. Tetapi, dia semakin teruja juga. Dia sudah dapat merasakan desahan adrenalin di dalam setiap pembuluh darahnya. Membuat penerjunan ini memerlukan keberanian yang bukan sedikit, dan dia akan melakukannya. Tidak boleh berpatah balik.

Aku boleh buat benda ni. Kalau tak boleh pun, aku malu pulak nak duduk kat dalam flight ni sedangkan Sadeeki pergi terjun, padahal akulah yang beria-ia ajak dia naik atas ni! Hah, padan muka kau! Dah tak boleh menyesal dah ni! Terjun pun terjunlah! Kalau ada apa-apa berlaku, aku dah tak sempat dah nak tulis wasiat...

“Sadeeki, awak dengar ni,”Lilika menyiku lengan Sadeeki. “Andai kata saya tak sampai bawah, atau saya dah tak jumpa awak lepas kita terjun, awak jagalah Tom saya baik-baik, kirim salam jugak kat Tuan Ayden, saya dah bertekad untuk terjun sekarang,”Sadeeki pada awalnya nampak bingung, namun selepas itu dia ketawa besar. “Sadeeki!”

“Saya tak sangka awak penakut,”

“Saya memang takut tinggilah,”Lilika menepis.

“Bungee jumping?”

“Saya takut gak, tapi saya nak buat, tengok orang lain buat,”Sadeeki menggelengkan kepalanya, sebelum dia meletakkan satu tapak tangannya di atas kepala Lilika. Tapak tangannya itu sebesar kepala gadis itu. Lilika terasa selamat. Mendapat semangatnya semula, apabila dia terlihat senyuman Sadeeki.

“Jom,”kedua-duanya berkata serentak.

“We’re ready to fly,”Amanda mengumumkan. Dia menyediakan dirinya dan peralatannya, apabila juruterbang memberikan isyarat kepadanya. Lelaki di sebelah Sadeeki turut bangun, menyertai Amanda.

“Jom, terbang,”Sadeeki bangun, dan Lilika menurut. Dia mendekati Amanda. Memakai alat-alat keselamatan yang disyaratkan, dan telah diberitahu lebih awal lagi sebelum mereka sampai di Zurich.

Sepuluh saat sebelum Amanda akan terjun, bersama Lilika. Mereka berdua sudah memakai berbagai alat keselamatan, yang akan membolehkan mereka membuat penerjunan itu.

Dia mengira masa itu di dalam mindanya, sambil kakinya mengikut kaki Amanda untuk berada di platform terjun yang berada di bahagian sebelah kiri kapal terbang. Lilika memandang bawah. Nampak seperti tanah lapang, namun dia tahu ada bangunan-bangunan yang menanti. Dia akan mendarat nanti di tempat Amin berada, di lapangan terbang yang telah lama ditinggalkan. Tempat di mana dia menaiki kapal terbang kecil itu tadi.

Dia tidak sabar hendak menemui Amin semula. Dia akan memeluknya lagi jika dia berjaya sampai ke bawah dengan selamat.

Dia mengerling Sadeeki. Sadeeki bercakap sesuatu dengan penerjunnya, dan kadang-kadang dia mengangguk mendengar arahan. Amanda sedang bercakap dengannya sekarang, sambil dia memberi kata-kata semangat pada Lilika untuk tidak berasa agak gentar.

“We love this thing, keep on the spirit,”Amanda menurunkan gogal ke hadapan matanya. Lilika melakukan perkara yang sama.

“I love this, I’m gonna love this,”Lilika berkata, memastikan yang Amanda dapat mendengarnya. Amanda tergelak kecil.

“You are to make yourself damn sure, you are so gonna damn love this!!!”Amanda sudah lama mengira masa, dan dia menarik Lilika sekali. Lilika dapat merasakan kakinya tidak lagi berpijak pada objek. Dia sedang berada terawang-awangan di udara, dengan Amanda memeluknya di belakang.

Lilika tidak dapat menggambarkan perasaannya ketika itu. Dia sedang terbang!!

Ya Allah...indahnya perasaan ini!!

Lilika menggigit bibirnya. Dia hampir menangis kerana perasaan itu. Perasaan yang terlalu gembira.

Dia mendepakan tangannya. Merasakan deruan angin itu menampar-nampar dirinya. Dia dapat merasakan pipinya terasa pijar kerana pukulan angin kuat. Badannya terbentang luas, kaki dan tangannya terbuka, dia tidak dapat berkata apa-apa, kerana dia terlalu kagum melihat bumi itu dari jarak sebegitu.

Bumi ini nampak sangat-sangat-sangat luas. Dan sangat-sangat cantik.

Nun jauh di sana, dia dapat melihat blok warna hijau, banyak jenis hijau. Hijau muda, hijau daun pisang, hijau kelabu. Dia dapat melihat blok-blok bangunan yang berwarna kelabu, atau hitam, atau gangsa. Sangat jauh, tetapi, sangat nyata. Dia melayang-layang untuk beberapa saat sebelum dia dapat merasakan graviti menariknya ke bawah. Dia menelan liur. Dia terasa tubuhnya berat apabila graviti mula melakukan kerjanya.

“HANG ON, BABY!!!”Amanda menempik, Lilika tergelak kecil. Dia hampir terlupa yang Amanda berada di belakangnya, memberikan perlindungan kepada penerjun pertama sepertinya. “WE ARE GONNA DEFINE THIS GRAVITY!!”

“THANK YOU!!!”jerit Lilika. Dia dapat merasakan senyuman Amanda yang lebar dan mesra itu. Dia tersengih sendiri. Mereka terawang-awang sebentar, merasakan kakinya berat, dan mula terasa kehilangan. Lilika menelan liur.

Adakah ini perasaan orang yang terjun dari bangunan?

Zrap!!! Payung terjun yang menyertai mereka ditarik dengan jayanya oleh Amanda. Lilika dapat merasakan badannya ditarik dengan kuat sekali ke atas semula, sebelum dia dapat menstabilkan berat badannya semula. Amanda memegang pinggangnya kuat.

Lilika menjerit kepuasan. Payung terjun itu membuatkan kadar jatuh mereka ke bumi semakin lambat, dan dia dapat menikmati pemandangan atas udara itu dengan lebih lama. Dia menoleh kiri dan kanan, namun dia tidak dapat menemui Sadeeki. Lambat sangat ke dia jatuh?

Mereka semakin dekat dengan tanah sekarang. Amanda memang seorang yang cekap kerana dia berjaya memandu payung terjunnya untuk mendarat di padang rumput yang ada di kawasan lapangan terbang lama itu. Lilika melunjurkan kakinya ke hadapan, seperti yang diajarkan kepadanya. Kakinya terkena tanah, namun dia masih belum berhenti.

Oh, ini lebih susah daripada waktu awal main kasut roda!

Lilika terasa kakinya panas membara dengan geseran yang mengenai kasut yang dipakainya. Terasa hingga ke tulangnya, namun akhirnya payung terjun itu berhenti, dan saat itu Lilika tersungkur ke atas tanah.

Lama dia berada di atas tanah. Terlalu teruja dengan pengalaman itu, sehingga dia terlupa bagaimana hendak berdiri.

Tiba-tiba dia ternampak ada seseorang menghulurkan tangan padanya.

Dia mendongak.

 

Comments

Comments are moderated. Keep it cool. Critical is fine, but if you're rude to one another (or to us), we'll delete your stuff. Have fun and thanks for joining the conversation!

You must be logged in to comment.

Angel110  on says:
Will you translate it?
I'm a big big fan of tokio hotel (since their debut!9 and I want to read it!

DiamondPop  on says:
Does this come in English?
I'm curious to read it

amusuk  on says about chapter 1:
Wow, it's a good writing!
I'm surprised at first when i read "the bucket list" bcz from what i know, it's a list of dreams of a dying person.
But, i can't wait to see Lilika on her journey! I'm curious!

Keep writing, dear author!

NB: Sorry, sy ga lancar cakap bhs melayu, jd sy pake english j, ok? *fail malay

Log in to view all comments and replies


^ Back to Top